Connect with us

Oh! Media

Video Ketibaan Pesakit Palestin Undang Rasa Sebak, Pesakit Paling Muda Bayi 8 Bulan

Ohmedia pesakit

Trending

Video Ketibaan Pesakit Palestin Undang Rasa Sebak, Pesakit Paling Muda Bayi 8 Bulan

Tular di laman TikTok rakaman video menunjukkan lebih 60 rakyat Palestin yang cedera serta keluarga mereka telah pun selamat tiba di Pangkalan Tentera Udara, Subang, Selangor, pada Jumaat.

Mereka tiba menaiki dua pesawat pengangkut Airbus A400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang telah diterbangkan ke Pangkalan Udara Al Maza di Mesir untuk misi kemanusiaan di Palestin.

Video ketibaan mereka mengundang perhatian ramai dan seluruh rakyat Malaysia mendoakan semoga misi ini berjalan dengan lancar.

IKLAN

Lapor Astro Awani, kesemua 41 pesakit tersebut akan ditempatkan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan.

Palestin
Kredit TikTok alkhairmy

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan setibanya para pesakit di Malaysia, mereka telah ditempatkan di Hangar Nombor 16 Skuadron, Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) buat sementara waktu yang dijadikan sebagai hospital mini.

Sebanyak 26 ambulans telah disediakan untuk membawa pesakit dari PU Subang ke hospital, serta sebuah bas dan lapan van untuk membawa 86 waris dari transit ke hospital.

Kesemua mereka telah melalui proses dokumentasi menerusi Jabatan Imigresen Malaysia sebelum memasuki Malaysia.

Tambah beliau lagi, pesakit paling muda ialah bayi berusia lapan bulan sementara paling tua ialah berusia 62 tahun.

Ohmedia pesakit

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Astro Awani | TikTok @selangortv | TikTok @rocshateer


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas