Oh! Arena
Eddy Bernard Cipta Sejarah Raih Pingat Gangsa Paralimpik, Pecah Rekod Asia Dengan Masa 11.58 Saat
Atlet Para Olahraga, Eddy Bernard membawa pulang pingat gangsa menerusi acara 100M T44 dengan catatan 11.58 saat seterusnya memecahkan rekod asia yang dipegang oleh pelari Sri Lanka, Indika Gamade iaitu 11.75 saat.

Eddy yang berasal dari Beluran, Sabah berjaya melakar kejayaan walaupun ini merupakan penampilan sulung beliau Sukan Paralimpik.
Atlet berusia 23 tahun ini juga berjaya mengatasi rekod peribadi yang dicatatkan pada Kejohahan Olahraga Para Dunia 2024 di Jepun.

Keputusan akhir menyaksikan pingat emas dimenangi oleh pelari Afrika Selatan, Mpumello Mhlongo dengan catatan 11.12 saat. Manakala pingat perak dimenangi pelari Cuba, Yamel Luis dengan catatan masa 11.20 saat.

Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM