Connect with us

Oh! Media

Wanita Dakwa Diculik Rupanya Kantoi Bermalam Bersama Rakan Lelaki

Anggota polis maut rr nilai ohmedia

Oh! Tidak

Wanita Dakwa Diculik Rupanya Kantoi Bermalam Bersama Rakan Lelaki

Sebelum ini ada laporan mengenai seorang wanita mendakwa dirinya diculik tiga lelaki menaiki Perodua Myvi pada Khamis lepas akhirnya telah ditemukan dalam keadaan selamat di Tanjung Gemok, Rompin, Pahang.

Menurut laporan mStar, hasil siasatan dan gerakan bagi mencari mangsa dijalankan dengan pelbagai elemen serta hasil maklumat orang awam dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Abdul Razak Abdullah Sani.

Dia ditemukan dalam keadaan selamat di kawasan Rompin.

Siasatan mendapati mangsa telah memberikan maklumat palsu kepada ahli keluarganya dengan menyatakan diculik kerana mahu bermalam dengan kawan-kawan di kawasan mangsa dijumpai.

Wanita itu didapati positif dadah jenis methamphetamine selepas ujian saringan air kencing dijalankan kata Abdul Razak.

IKLAN

Bukan tu jer, terdapat dua orang lelaki warga tempatan yang bersama dengan wanita itu turut ditahan bagi membantu siasatan.

Anggota polis maut rr nilai ohmedia

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: mStar


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas