Connect with us

Oh! Media

Muzik TikTok Viral “Are You Ok?” Kena Kecam Sebab Double Meaning? Ini Penjelasannya…

Are You Ok? FI

Trending

Muzik TikTok Viral “Are You Ok?” Kena Kecam Sebab Double Meaning? Ini Penjelasannya…

“Are You Ok? Okay? Okay?

Baru-baru ini, timbul satu kontroversi yang mengatakan muzik yang viral di TikTok bertajuk “Are You Ok?” mempunyai double meaning. Biar betul?

ADVERTISEMENT

Ini disebabkan lirik dan tindakan sekumpulan pelajar perempuan menari sambil memegang senapang di dalam muzik video itu dianggap sebagai tindakan yang provokatif dan agak keterlaluan.

Muzik video diubah suai elak kontroversi

Kalau korang nak tau, lagu ‘Are You Ok?’ ini sebenarnya berasal daripada negara Kemboja dan dinyanyikan oleh Ton Chanseyma. Lagunya yang rancak dan catchy menjadi ikutan anak muda di aplikasi TikTok.

Namun begitu, video asalnya yang dimuat naik dilaman TikTok mengundang kecaman sehingga menyebabkan syarikat produksi Galaksi Navatra terpaksa mengubah suai kandungan muzik video terbabit.

Raih hampir 20 juta tontonan dalam masa 24 jam

Video yang diubah diubah suai telah dimuat naik di YouTube dan sehingga hari ini ia berjaya mencatat 51 juta tontonan (semasa ditulis).

Pengarah Urusan Galaxy Navatra, Yem Tasrong berkata, keputusan ini diambil bagi mengelakkan sebarang isu timbul di masa hadapan dan ia juga langkah bagi memperkenalkan lagu viral ini serta negara Kemboja di peringkat antarabangsa.

Satu dunia kena deman ‘Are You Ok?’

Tidak hanya di Kemboja, lagu ‘Are You Ok?’ diterima baik di seluruh dunia, ini berdasarkan video tarian yang dimuat naik di aplikasi TikTok, yang menunjukkan pengguna dari pelbagai negara menari mengikut gaya dan rentak yang sama.

https://www.tiktok.com/@alexhkf/video/7018130863003012379?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id6995089149711746562

Kira ini hanya isu salah faham jelah. Nasib baik pengurusan ambil tindakan cepat ubah suai muzik video asal. Oh! Media sempat juga layan muzik video ni, siap tengok terjemahan lagi.

Terperanjat juga ada bahasa Melayu pada korus lagu. Patutlah semua sakan menari. Semoga korang semua pun okay-okay je layan lagu ni.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas