Branded
MITI Jadi Pemangkin: Dua Syarikat Tempatan Kini Menembusi Pasaran Global
Langkah memulakan perniagaan mungkin mudah, akan tetapi bagi mengembangkan dan sehingga ke skala lebih besar ke luar negara adalah sesuatu yang mencabar.
Syarikat tempatan, Poly Edge yang memproses pelbagai jenis thermoplastic boleh dikitar semula, membuktikan tiada yang mustahil dengan cita-cita serta usaha yang cekal.
Pengarah Urusan Brandon Chan berkongsi kisah bagaimana Poly Edge yang ditubuhkan pada 2021 kini menjengah ke pasaran luar negara.
Bermodalkan RM500,000, kini ke pasaran luar negara

“Saya bermula dengan dana yang boleh dikatakan kecil, cuma RM500,000 ketika mula-mula menubuhkan syarikat. Kemudian rakan perniagaan mencadangkan kami mendapatkan dana dari bank.
Menyedari tiada apa yang datang bergolek, Brandon mengambil inisiatif sendiri mendapatkan bantuan dari Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
Brandon diberi peluang ke luar negara menyertai ekspo atas seliaan MITI pada 2022. Di sini dia berjumpa dengan ramai pelanggan berpotensi sekaligus merancakkan lagi rancangan mengembangkan syarikatnya.
Ekspo jadi batu loncatan luaskan rangkaian tembusi pasaran luar

“Saya tahu MITI boleh bantu kembangkan bisnes ke negara luar. Penyertaan dalam ekspo sebegini sangat membantu meluaskan lagi pasaran dan rangkaian di sesebuah negara.
“Contohnya di Jerman saya sertai pameran plastik terbesar di dunia. Tanpa MITI tak mungkin saya dapat sertai kerana tuntutan kos selain tempat yang terhad.
Tambah Brandon lagi, sebelum menyertai program dianjurkan MITI, penembusan ke luar negara ASEAN syarikatnya hanya 5%. Tapi kini mencecah 30%, peningkatan yang jelas dan signifikan, menurutnya lagi.
Alpha Active miliki GMP, HACCP
Dalam pada itu, Alpha Active, kilang OEM dengan sijil Amalan Pengilangan Baik (GMP) serta Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP) menerusi Pengurus Pemasaran, Nicholas Lim turut berkongsi pandangan serupa mengenai MITI.
“MITI amat bagus promosikan peranan mereka. Terutamanya untuk syarikat yang mengendalikan eksport. Jadi kena tahu siapa dan fungsi MITI.
“Kalau ada sebarang keraguan atau persoalan, kita boleh jumpa pegawai MITI dan mereka akan terangkan satu persatu.
Pegawai MITI ‘pengganti’ Google
Nicholas juga berkongsi pengalamannya sepanjang bekerja dengan MITI dalam proses melebarkan pasaran syarikatnya ke negara luar.
“Contohnya ketika kami mahu mula-mula menembusi pasaran Filipina dan kami perlukan persetujuan dari sana tapi masih kekurangan maklumat mengenainya.
“Saya ke Menara MITI dan bercakap dengan pegawai mereka dan saya diterangkan langkah demi langkah untuk mendapatkan dokumen itu.
“Pegawai MITI bukan sahaja tahu tentang pasaran tetapi juga trend konsumer di pasaran, malahan mereka juga dilengkapi maklumat untuk keperluan pendaftaran bagi sesebuah negara.
“Aspek itu paling penting dan rumit untuk kita masuk ke negara baru. Ada pelanggan kami yang mahu beli tapi kadang-kadang mereka bukan dalam industri.
“Mereka akan bertanya bukan kepada Google tapi MITI. Di setiap negara ada pejabat MITI, jadi kami akan merujuk kepada pegawai di sana sebelum memasarkan produk di negara berkenaan,” terang Nicholas lagi.

Semasa Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025, MITI bukan hanya memberi tumpuan kepada rundingan besar-besaran, tetapi turut memastikan bahawa Keberhasilan Ekonomi Berkeutamaan (Priority Economic Deliverables – PEDs) benar-benar membawa manfaat langsung kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS). Usaha ini penting agar lebih ramai usahawan tempatan berupaya menembusi pasaran serantau dan global.
Naik Taraf ATIGA – Mudahkan PMKS Berniaga Merentasi Sempadan
Protokol Kedua untuk meminda Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN (ATIGA) yang dimeterai pada Oktober 2025 dijangka mengukuhkan lagi integrasi ekonomi ASEAN melalui pemudahcaraan proses eksport dalam kalangan negara anggota
Disamping itu, naik taraf ATIGA ini juga turut memperkenalkan elemen baharu yang lebih relevan dengan keperluan semasa, termasuk barangan dikilang semula (remanufactured goods), perdagangan dan alam sekitar, perdagangan ketika krisis kemanusiaan, serta keterhubungan rantaian bekalan.
Dalam erti kata mudah — lebih banyak barangan kita dapat dieksport tanpa karenah birokrasi pada kos yang lebih rendah, sekali gus memudahkan PMKS menembusi pasaran ASEAN yang kini mempunyai nilai KDNK berjumlah USD$3.9 trilion.
DEFA – “Lebuh Raya Digital” untuk PMKS ASEAN
Kejayaan MITI dalam mencapai pemuktamadan substantif DEFA juga membantu syarikat PMKS untuk mengembang pasarannya, di mana DEFA akan menjadi pemudah cara utama perdagangan digital serantau.
Bila semua negara guna standard digital yang sama — pembayaran, tandatangan elektronik, e-invois, data — usahawan kecil pun boleh berniaga merentasi sempadan seperti jual dalam negara sendiri.
DEFA dijangka menggandakan ekonomi digital ASEAN kepada USD$2 trilion menjelang 2030, dan memberi manfaat kepada lebih 70 juta PMKS di rantau ini.
Buktinya, banyak syarikat tempatan sudah mula melangkah jauh.
Bermula kecil, tetapi dengan bimbingan dan sokongan MITI — termasuk geran, program padanan perniagaan, dan latihan eksport — mereka kini menjadi jenama yang dikenali di luar negara.
Dengan pencapaian PEDs seperti ATIGA dan DEFA, lebih banyak PMKS Malaysia kini berpeluang berdaya saing di peringkat serantau dan global.
Pakai Kad Kredit Lagi Best Dari Debit, Aznah Sekolahkan Netizen Sampai Pandai | Oh! Podcast Ep21
OH! MEDIA 11/01/2026 3:00 PM