Oh! Artis
“Kuat Dia Menangis Lepas Tu Diam Tutup Mata…” – Ryzal Ibrahim Cemas Anak Tak Sedarkan Diri Lepas Jatuh Katil
Ryzal Ibrahim cemas apabila anaknya tak sedarkan diri selepas jatuh katil sebelum dibawa ke bahagian kecemasan.
Hati ibu bapa mana yang tidak luluh apabila melihat anak sendiri tiba-tiba tidak sedarkan diri, lebih-lebih lagi selepas mengalami insiden jatuh dari katil.
Itulah detik mencemaskan yang dikongsikan pempengaruh dan usahawan, Ryzal Ibrahim apabila anaknya, Rian, dilihat tidak memberi sebarang respon selepas terjatuh.
Ryzal Ibrahim cemas anak jatuh katil
Menerusi perkongsian di Instagram, Ryzal berkata dia dan isterinya, Maryam, berdepan situasi cukup menakutkan apabila Rian menangis kuat selepas jatuh sebelum tiba-tiba diam dan menutup mata seolah-olah sedang tidur.
Menurut Ryzal, dia dan Maryam segera membawa Rian ke bahagian kecemasan hospital selepas melihat keadaan anak mereka yang langsung tidak memberi respon.
Sepanjang perjalanan ke hospital, pasangan itu berusaha memastikan Rian tidak terus lelap, namun tubuh anak kecil tersebut tetap kaku dan matanya tertutup.
Lebih meruntun hati, Ryzal meluahkan betapa sakitnya melihat Maryam menjerit memanggil nama anak mereka dalam keadaan cemas dan penuh harapan agar Rian kembali sedar.

Bagaimanapun, Ryzal memaklumkan Rian akhirnya mula membuka mata sebaik sahaja mereka tiba di pintu hospital.
Tanpa berlengah, mereka terus meminta doktor melakukan pemeriksaan CT scan bagi memastikan keadaan Rian diperiksa dengan lebih lanjut.
Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai pengikut yang turut meluahkan rasa cemas membaca pengalaman itu, selain mendoakan agar Rian berada dalam keadaan baik dan tiada perkara serius berlaku.
Pssttt! Semoga Rian diberi kesembuhan dan segala urusan pemeriksaannya dipermudahkan.
Kredit: Instagram Ryzal Ibrahim
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.