Branded
Satu Jiwa, Dua Pesta! Grab Malaysia Menghangatkan Sambutan Hari Gawai & Hari Kaamatan Bersama Jenama-Jenama Lokal!
Setiap kali tibanya bulan Mei dan Jun, kemeriahan pesta menuai di Borneo memang tak boleh disangkal lagi betul tak?
Mana taknya, dari tarian tradisional sampailah ke hidangan makanan yang membuka selera, semuanya penuh dengan warna-warni yang sangat unik, serta membawa semangat kebersamaan.
Cakap pasal keunikan budaya ni, perasan tak yang Grab sentiasa ada cara tersendiri untuk memeriahkan suasana perayaan di Malaysia?
Kali ini, sempena perayaan Kaamatan dan Gawai, Grab kembali lagi dengan sesuatu yang cukup istimewa dan memberi inspirasi buat kita semua!
Raikan Keunikan Budaya Sabah & Sarawak, Grab Tampil Dengan Dua Filem Jenama Khas
Untuk perayaan kali ini, Grab nak mengangkat keindahan serta keunikan tradisi masyarakat Sabah dan Sarawak secara lebih mendalam tau.
Jadi, bukan satu, malah Grab telah melancarkan dua filem jenama individu khas bersempena dengan Hari Gawai dan Hari Kaamatan! Jom sama-sama kita tonton.
Lebih Bermakna Bila Disambut Bersama-Sama
Cuba korang bayangkan, korang lahir dan membesar di Semenanjung dan mempunyai pasangan daripada Sabah, mesti getar lutut bila nak berjumpa keluarga pasangan kan?
Mana taknya, korang pula hanya tahu secara dasar adat dan budaya orang Sabah, kalau kami pun nervous, macam Akid ni.
Tapi, sejujurnya, korang relaks je sebab kalau korang tengok dalam video di atas ni, kita boleh tengok sendiri betapa indahnya penerimaan dan layanan mesra keluarga pasangan terhadap Akid serta komuniti di sana.

Memang tak dinafikan, pada awalnya memanglah sedikit kekok, tapi kalau ada sesuatu yang boleh menghubungkan antara satu sama lain, contoh macam barangan yang dipesan terus melalui aplikasi Grab, ia pasti dapat merapatkan lagi hubungan kekeluargaan.
Sifat keterbukaan inilah yang membuatkan Akid rasa dihargai dan terus diterima menjadi sebahagian daripada keluarga besar tersebut!
Lebih Istimewa Bila Diterima Dengan Hati Terbuka
Ada dua jenis orang bila pertama kali jumpa dengan keluarga pasangan. Satu macam Akid tadi, satu lagi macam si Trisha ni. Serius chill sangat-sangat!
Tapi, dalam chill dia tu, mestilah ada rasa nervous sikit kan. Nasib baiklah keluarga Jerry ni tahu ambil hati Trisha!
Tak dinafikan, kalau dah selesa dan direstui, confirm keluarga pasangan akan treat kita macam sebahagian daripada keluarga mereka betul tak?

Macam Trisha ni, walaupun first time jumpa keluarga Jerry pada Hari Gawai, mereka pesan macam-macam jenis barangan buatan Sarawak menerusi Grab, khas untuk Trisha rasa. Very thoughtful kan?
Tanpa perlu mencuba beria-ia, keikhlasan layanan mereka membuktikan bahawa Trisha sebenarnya sudah pun diterima menjadi sebahagian daripada keluarga besar mereka dengan cara yang paling menyentuh hati.
Menerusi filem-filem pendek ini, korang semestinya disajikan dengan penceritaan yang dekat di hati, penuh dengan elemen keceriaan, keharmonian serta semangat komuniti masyarakat Borneo yang sangat tinggi.
Ia bukanlah sekadar video perayaan biasa, malah merupakan satu penghormatan buat warisan tradisi yang melambangkan identiti kita sebagai rakyat Malaysia.
Kolaborasi Multi-Jenama Pertama Grab Bersama Jenama Kegemaran Ramai
Satu lagi perkara paling menarik adalah penglibatan pelbagai jenama besar dan lokal yang sangat sinonim dengan rakyat Malaysia di dalam filem-filem ini.
Antara jenama popular yang membuat kemunculan istimewa dalam filem ini termasuklah minuman menyegarkan Pepsi, rangkaian makanan segera kegemaran ramai SugarBun, rasa sambal ikonik Village Park Sambal, serta hidangan kegemaran ramai, Nasi Anje 1 dan Cafe Rumah Hijau.
Gabungan kesemua jenama ini bukan saja menjadi penambah rasa dalam filem dihasilkan, malah memaparkan bagaimana kepelbagaian cita rasa boleh bersatu bagi memeriahkan suasana pesta tahun ini.
Langkah ini jelas menunjukkan komitmen Grab yang sentiasa mahu menjadi sebahagian daripada kemeriahan perayaan lokal kita!
Kolaborasi hebat multi-jenama ini semestinya satu kelainan yang segar dibawakan khas oleh Grab sebab mereka percaya yang setiap perayaan pasti akan jadi jauh lebih bermakna apabila ia disambut bersama-sama.
Usaha Grab dalam mengangkat jenama dan budaya tempatan ini jelas membuktikan bahawa perpaduan kita sebagai rakyat Malaysia sangat erat melalui perkongsian tradisi.
Keindahan warisan dari Timur Malaysia ini semestinya patut dihargai dan dibanggakan oleh kita semua, tak kira di mana saja kita berada.
Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan dan Selamat Hari Gawai kepada pembaca OhMedia, terutama buat rakan-rakan kita di Sabah dan Sarawak.
Jangan lupa untuk nikmati promosi hebat sempena sambutan Hari Gawai dan Hari Kaamatan bersama Grab tau!