Connect with us

Oh! Media

Demi Mendapat Kebenaran Beroperasi, Kilang Topi Keledar Isytihar Sebagai ‘Perkhidmatan Essential’

Trending

Demi Mendapat Kebenaran Beroperasi, Kilang Topi Keledar Isytihar Sebagai ‘Perkhidmatan Essential’

Umum mengetahui hanya premis yang mendapat kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Sekatan Pergerakan Penuh (SPP). Pun begitu, tidak semua premis yang dibenarkan beroperasi, hanya perkhidmatan essential saja yang dibenarkan.

Menerusi laporan Malaysia Gazette, sebuah kilang topi keledar mengisytihar sebagai kilang pembuatan sarung tangan dan pelitup muka sebagai cara untuk mendapatkan kebenaran beroperasi daripada MITI sepanjang SPP.

Pihak berkuasa berjaya membongkar taktik tersebut dalam satu serbuan di Jalan Murni, Sungai Dua, Pulau Pinang, semalam.

IKLAN
Sumber Malaysia Gazette

Bukan itu saja, serbuan tersebut telah mendapati ada pekerja kilang tersebut khususnya warga asing gagal scan MySejahtera.

Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor selaku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara berkata, pihaknya bertindak atas makkumat dan risikan yang mendapati kilang tersebut menipu dengan mengisytiharkan sebagai kilang pembuatan perubatan bagi mendapatkan kebenaran beroperasi sewaktu SPP.

Sebanyak 31600 Kuota Tersedia Untuk Bakal Haji Malaysia 2024
Sumber Malaysia Gazette

Hasil pemeriksaan, kilang tersebut beroperasi untuk menghasilkan topi keledar dan tiada sebarang pembuatan perubatan seperti sarung tangan dan pelitup muka ditemui.

Sehubungan itu, pemilik kilang dikompaun RM 10,000 dan diarahkan tutup oleh pihak MITI.

Shuhada Beri Kenyataan Puteri Sarah Bakal Kahwin Tak Lama Lagi Ini Jawapan Tuan Badan
Sumber Malaysia Gaazette

Kilang pembuatan topi keledar tidak termasuk dalam perkhidmatan essential yang perlu beroperasi dalam tempoh SPP

Mana-mana majikan diingatkan akan berdepan tindakan tegas jika beroperasi tanpa kebenaran atau memalsukan dokumen perniagaan kepada pihak MITI.

Kredit : Malaysia Gazette

+Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas