Connect with us

Oh! Media

“Kita Sama-Sama Susah Sekejap” – Fizz Fairuz Cadang Peniaga Kecil Sama-Sama ‘Lockdown’

Fizz Fairuz

Oh! Artis

“Kita Sama-Sama Susah Sekejap” – Fizz Fairuz Cadang Peniaga Kecil Sama-Sama ‘Lockdown’

Pelakon dan pengacara, Datuk Fizz Fairuz menerusi hantarannya di laman Instagram meluahkan kebimbangan apabila golongan peniaga kecil masih dibenarkan berniaga semasa pelaksanan Perintah Pergerakan (PKP) selain turut bimbang perkara itu akan menggalakkan orang ramai untuk berkumpul semasa ‘total lockdown’.

Fizz Fairuz atau nama sebenarnya Mohd. Fairuz Zainal Abidin, 41 menerusi hantarannya di Laman Instagram memaparkan sebuah gambar tangkap layar daripada berita bertajuk Penjaja Kecil tidak perlu Kelulusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Pada 2 Jun lalu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengesahkan bahawa peniaga kecil tidak perlu kelulusan MITI melainkan hanya perlu menunjukkan permit penjaja yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

IKLAN

Berhubung daripada berita itu, pelakon itu mula meluahkan rasa bimbangkan selain turut mencadangkan peniaga kecil agar sama-sama duduk di rumah selama dua minggu bagi mengurangkan jangkitan Covid-19.

Nak tanya kejap, kalau buka (benarkan) peniaga kecil ini, agaknya mengalakkan orang keluar membeli ke macam mana?

Saya hanya tanya, kalau boleh kita PKP sekejap dua minggu. Kita sama-sama susah sekejap kemudian cari rezeki semula. Macam mana, tak begitu?

Walaubagaimanapun, hantaranya itu turut mendapat reaksi daripada beberapa netizen yang bersetuju dan juga ada yang tidak bersetuju selain turut menganggap pelakon itu tidak memahami penderitaan peniaga kecil ketika PKP.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas