Branded
HONOR Magic8 Pro: Bukan Nak Lawan iPhone 17 Pro Tapi Nak Bagi Pilihan Kepada Pengguna Yang Ingin Telefon Terbaik
Kalau korang memang jenis suka ambil gambar, tak kiralah view pantai atau city lights waktu malam, inilah masa untuk berbangga jadi pengguna telefon pintar. HONOR tahun ni, tak main-main apabila melancarkan HONOR Magic8 Pro.
Bukan setakat flagship baru, tapi telefon pintar ni sendiri dah diangkat sebagai Peralatan Fotografi Mudah Alih Pilihan Sempena Kempen Melawat Malaysia 2026!


HONOR ambil langkah bold untuk buktikan yang pengimejan mudah alih bukan sekadar megapiksel semata. Ia tentang hasil yang penuh detail, warna yang ‘jujur’, dan teknologi yang kreatif yang mana Magic8 Pro berjaya deliver semua ni.
Kamera Flagship Yang Serius Power

Magic8 Pro hadir dengan kamera telefoto 200MP yang dilengkapi penstabilan CIPA 5.5 antara paling advanced dalam industri. Bila digabungkan dengan wide-angle berkualiti tinggi dan kamera depan resolusi tinggi, barulah korang faham kenapa HONOR yakin nak duduk sebaris (dan mungkin beberapa langkah di depan) telefon lain dalam kategori imej.
Apa yang buat kamera dia lagi menarik ialah tiga enjin pencitraan eksklusif yang dipertingkatkan untuk situasi berbeza sama asa low light, telefoto jarak jauh, makro ekstrem, potret… semua boleh.
Tak cukup dengan tu, HONOR tambah ciri AI “Magic Color”, yang boleh tiru style warna mana-mana foto. Jadi kalau korang jumpa gambar aesthetic dekat Instagram, Magic8 Pro boleh ‘belajar’ tone warna tu dan hasilkan semula gaya yang sama. Senang cerita, kamera dia bukan setakat cantik tapi juga ‘bijak’.
Ketersambungan Mantap, Tak Payah Risau Signal Buat Hal
Dalam zaman semua benda kena online, signal yang stabil memang wajib ada. Magic8 Pro disertakan dengan Cip RF C1+ yang HONOR bina sendiri, meningkatkan prestasi Wi-Fi sehingga 15%, manakala kekuatan penghantaran isyarat naik sampai 90%, dan kepekaan penerimaan pula meningkat hingga 108%.
Situasi macam dalam lif, basement parking, stesen LRT sesak, dekat konsert, biasanya line akan drop. Tapi dengan Magic8 Pro, peluang korang alami ‘line putus-putus’ jauh lebih rendah. Komunikasi lebih stabil, dan pengalaman harian pun lebih smooth.
Bateri Jumbo 7100mAh Dengan Pengecasan Pantas
Pengguna heavy? Tak ada masalah. Magic8 Pro hadir dengan bateri Silikon Karbon 7100mAh kapasiti besar yang senang-senang je boleh tahan sehari lebih.
Masa nak cas? Lagi win. HONOR SuperCharge 100W untuk berwayar dan 80W untuk tanpa wayar. Bayangkan… wireless charge penuh kurang daripada sejam. Cepat, selamat dan tak perlu tunggu lama.
Ketahanan Yang Memang Boleh Diandalkan
Magic8 Pro bukan sekadar cantik, tapi tahan lasak. NanoCrystal Shield bagi perlindungan 10 kali lebih kuat dan dapat sijil SGS 5-Star Drop Resistance.
Tambah pula rating penuh IP68, IP69, dan IP69K untuk ketahanan debu serta air ini memang level flagship sebenar. HONOR juga tambah perlindungan selepas pembelian: waranti kerosakan hadapan dan belakang selama 365 hari, waranti kerosakan cecair setahun, dan sambungan waranti setahun lagi.

Korang beli, HONOR jaga sampai puas hati.
HONOR Magic8 Pro Bukan Nak Ganti iPhone… Tapi Nak Bagi Pilihan Yang Lebih Kena Dengan Ramai Pengguna

Presiden HONOR Pasifik Selatan, Justin Li, sendiri jelaskan yang Magic8 Pro bukan dibina untuk menggantikan iPhone 17 kerana iPhone dengan ekosistemnya sudah ada pengikutnya sendiri.
Tapi HONOR Magic8 Pro ni adalah pilihan untuk pengguna yang utamakan fotografi, nak sambungan paling stabil, tak nak risau bateri, suka paparan yang sedap untuk mata, dan nak kos penyelenggaraan lebih rendah , Magic8 Pro adalah pilihan terbaik.
Senang cerita, Magic8 Pro bukan “iPhone killer”. Dia adalah “pilihan sempurna” untuk korang yang mahukan pengalaman premium yang berbeza.
Beli Sekarang Dapat Rebat RM300, Limited!
HONOR Magic 8 Pro (512GB) dijual pada harga RM4,599 manakala (1TB) pada harga RM5,199)
Inilah part paling menarik untuk korang yang tengah fikir nak upgrade telefon.
HONOR Magic8 Pro siap bagi jiwa tenang dengan Perlindungan Retak Depan & Belakang 365 Hari, Jaminan Lanjutan 1 Tahun, Perlindungan Kerosakan Cecair 1 Tahun dan Google AI Pro Higher Access 3 bulan bernilai RM294.
Paling best, ada rebat segera RM300 kalau buat bayaran penuh.
Pra-tempah melalui HONOR Online Store, HONOR Experience Stores, kedai rasmi di Shopee, Lazada, TikTok Shop dan pengedar sah seperti Senheng, SenQ, Harvey Norman dan Urban Republic.
Kalau Nak Tukar Telefon Baru, Inilah Masa Paling Berbaloi

Prestasi flagship yang solid, bateri yang tahan gila lama, dan tawaran pra-tempahan yang memang susah nak dapat balik, HONOR Magic8 Pro adalah upgrade paling berbaloi untuk tahun ni.
Kalau korang dah lama fikir nak tukar telefon, jangan tunggu lama.Pra-tempah sekarang sebelum tawaran ni tamat. Maklumat lanjut layari: www.honor.com/my.
Pakai Kad Kredit Lagi Best Dari Debit, Aznah Sekolahkan Netizen Sampai Pandai | Oh! Podcast Ep21
OH! MEDIA 11/01/2026 3:00 PM