Branded
Grab Malaysia Meraikan Rakan-Pemandu & Rakan-Penghantar Bersama Keluarga Dengan Tayangan Papa Zola The Movie
Menutup tirai 2025 dengan penuh makna, Grab Malaysia bersama rakan strategik, MONSTA dan Astro Shaw meraikan lebih daripada 100 wira di sebalik platform iaitu rakan–pemandu dan rakan-penghantar Grab dengan menonton filem Box Office Malaysia, Papa Zola The Movie.
Apa yang membuatkan acara ini lebih istimewa adalah mereka juga menjemput kesemua ahli keluarga rakan–pemandu dan rakan-penghantar Grab untuk meluangkan masa bersama menonton filem tersebut yang bertempat di Golden Screen Cinema (GSC), One Utama Petaling Jaya!
Kemunculan Papa Zola Menjadikan Acara Lebih Hangat
Semasa acara berlangsung, maskot Papa Zola membuat kemunculan khas dengan memegang jaket Grab semasa sesi fotografi. Ini sangat kena dengan hadirin rakan-penghantar dan rakan-pemandu yang turut mengenakan uniform Grab!

Sejurus itu, maskot Papa Zola turut beramah mesra bersama para hadirin. Bestnya dapat jumpa depan-depan!
Selari Dengan Penceritaan, Kisah Papa Zola Juga Boleh Relate Dengan Kisah Rakan Grab
Kalau korang nak tahu, tujuan acara ini dianjurkan sebagai tanda penghargaan terhadap kerja keras dan pengorbanan para rakan-penghantar dan rakan-pemandu Grab yang sentiasa menjadi tulang belakang dalam perkhidmatan Grab, serta tidak lelah berusaha demi kesejahteraan keluarga mereka.
Sounds familiar, kan? Seiring dengan naratif Papa Zola The Movie, filem ini mengangkat kisah pengorbanan Papa Zola, seorang bapa penyayang yang bekerja keras sebagai penghantar makanan demi kebahagiaan anak dan isterinya.
Filem ini membawa emosi dan realiti yang cukup dekat dengan penonton, memperlihatkan Papa Zola sebagai simbol perjuangan mewakili rakan-rakan penghantar yang sering menghadapi cabaran harian dalam industri khidmat penghantaran.
“Di Grab Malaysia, kami berbesar hati meraikan rakan-pemandu dan rakan-penghantar kami yang merupakan nadi kepada platform ini. Tayangan istimewa ini adalah satu sambutan khusus sebagai penghargaan terhadap dedikasi, kegigihan dan peranan penting mereka dalam menyara keluarga setiap hari. Selaras dengan mesej daripada Papa Zola The Movie, kami berharap inisiatif ini dapat memberi peluang kepada mereka untuk meluangkan masa berkualiti bersama orang tersayang dan mencipta kenangan keluarga yang bermakna,” kata Rashid Shukor, Pengarah Operasi Negara & Mobiliti di Grab Malaysia.
Pengarah & Penulis Papa Zola The Movie, merangkap Ketua Pegawai Eksekutif MONSTA, Nizam Abd Razak, “Papa Zola The Movie merupakan sebuah naskhah yang berakar daripada realiti kehidupan hari ini, tentang ibu bapa yang sama-sama memikul tanggungjawab demi keluarga. Dalam dunia yang semakin mencabar, termasuk realiti ramai yang mencari rezeki melalui ekonomi gig seperti penghantaran makanan, kisah ini dekat dengan apa yang kita lihat setiap hari. Justeru, kami melihat filem ini sebagai naskhah untuk para pejuang di luar sana yang berjuang dalam diam, namun tetap cekal demi insan tersayang.”
Penerbit Eksekutif Papa Zola dan juga Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Kami di Astro Shaw amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Grab Malaysia untuk berkongsi momen istimewa ini bersama rakan-rakan penghantar dan pemandu Grab serta keluarga mereka. Papa Zola The Movie mencerminkan realiti pengorbanan, kasih sayang dan ketabahan pejuang keluarga yang gigih bekerja setiap hari demi insan tersayang. Tayangan khas hari ini adalah tanda penghargaan kami terhadap dedikasi para penghantar dan pemandu yang sentiasa cekal tanpa mengenal penat. Kami berharap usaha ini dapat memberi mereka ruang untuk lebih menghargai ahli keluarga serta meninggalkan kenangan manis yang akan diingati bersama.”
Grab sedia menyokong industri animasi tempatan dengan menampilkan karakter Papa Zola di dalam aplikasi Grab serta pengiklanan digital luar rumah (DOOH), bagi mengukuhkan lagi keterlibatan jenama dan meraikan komuniti penghantar dan pemandu secara menyeluruh.
Sekadar info, Papa Zola The Movie mengisahkan Papa Zola, seorang bapa yang bekerja keras menyara keluarga kecilnya. Tanpa diduga, dia bertemu semula dengan rakan lama yang pernah berkhidmat bersamanya dalam organisasi rahsia P.A.P.A (Protect and Prevent Agency).
Namun keadaan menjadi genting apabila anaknya, Pipi, diculik makhluk asing. Papa Zola bersama Mama Zila perlu bertindak pantas untuk menyelamatkan Pipi dan melindungi dunia daripada ancaman tersebut.
Filem ini kini ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei. Filem ini bakal melangkah panggung antarabangsa bermula Januari 2026 di Indonesia dan di India, Vietnam dan pasaran Timur Tengah yang merangkumi Arab Saudi, UAE, Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar serta Turki pada April 2026.
Pakai Kad Kredit Lagi Best Dari Debit, Aznah Sekolahkan Netizen Sampai Pandai | Oh! Podcast Ep21
OH! MEDIA 11/01/2026 3:00 PM