Oh! Artis
Isteri Remy Ishak Perjelas Gambar Suami Dengan Wanita Lain
Isteri Remy Ishak jelaskan isu gambar wanita AI dan minta netizen jangan tersinggung.
Pada
Isteri Remy Ishak jelaskan isu gambar wanita AI dan minta netizen jangan tersinggung.
Oleh
Isteri kepada pelakon terkenal, Datuk Remy Ishak iaitu Ezza Yusof tampil menjelaskan isu berhubung hantaran terbaharu suaminya yang memaparkan dirinya bersama wanita hasil ciptaan Kecerdasan Buatan (AI).
Menurut Ezza, orang ramai tidak perlu mengambil hati kerana perkongsian tersebut hanyalah gurauan antara mereka sebagai suami isteri.

Menerusi satu hantaran di Threads, Ezza menegaskan perkara itu bukan sesuatu yang serius dan meminta netizen agar tidak tersinggung.
Kami bergurau memang macam ini, jangan ambil hati ya.
Dalam hantaran sama, Ezza turut memuat naik tangkap layar perbualan yang menunjukkan Remy berkongsi gambar wanita AI tersebut kepadanya secara peribadi.

Sudah terbiasa dengan perangai suaminya, Ezza berseloroh menyifatkan tindakan Remy itu sebagai ‘gila’, namun jelas ia dilakukan sekadar untuk hiburan.
Remy sendiri mengakui dia berhasrat memuat naik gambar tersebut di media sosial kerana merasa terhibur, tanpa niat lain.
Terdahulu, tindakan Remy memuat naik gambar bersama wanita ciptaan AI itu mengundang kritikan netizen, apabila ada yang menuduh pelakon tersebut tidak menghormati isterinya.
Bagaimanapun, penjelasan daripada Ezza sedikit sebanyak meredakan keadaan dan memberi gambaran sebenar hubungan mereka.
Pssttt! Tak semua yang dikongsi di media sosial membawa maksud negatif. Sebelum menghukum, cuba fahami konteks dan dengar penjelasan daripada empunya diri. Hormat itu datang bersama empati.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Rita Rudaini sindir individu yang didakwa “terpaling bayar nafkah” dan mendakwa bekas suami masih ada hutang...
Shuib mengesahkan sudah membaca luahan panjang Jep Sepahtu mengenai dirinya, namun memilih untuk tidak memberikan sebarang...
Ain Edruce mengakui menjadi mangsa penipuan selepas membeli dua tiket F1 Bahrain pada harga RM8,000, sedangkan...
Jep Sepahtu bengang isu persahabatan dengan Shuib kembali panas, dakwa dijadikan bahan marketing serta bangkit isu...
Alif Satar bersuara mengenai kontroversi Kahf yang didakwa menghina Malaysia dan menuntut tindakan jelas selepas permohonan...