Connect with us

Oh! Media

“Kau Ingat Aku Tahan Ke Si*L?” – Suami Lafaz Cerai Gara-Gara Isteri Hamil Enggan Bersama

Ohmedia mahkamah

Oh! Tidak

“Kau Ingat Aku Tahan Ke Si*L?” – Suami Lafaz Cerai Gara-Gara Isteri Hamil Enggan Bersama

Suami mengaku lafaz cerai dalam marah sebab isteri hamil enggan bersama.

Tular di Threads satu perkongsian daripada peguam syarie mengenai perbicaraan pengesahan lafaz cerai sepasang suami isteri.

Semuanya berpunca daripada si isteri yang enggan bersama kerana sedang hamil, lalu si suami melafazkan cerai dalam keadaan marah.

“Aku ceraikan jela kau ni”

Lebih mengejutkan, lafaz tersebut dikatakan dibuat hanya kerana si isteri yang sedang hamil mengadu susah nak mandi dan penat mencangkung untuk membersihkan diri, lalu enggan melayan keinginan suami pada malam tersebut.

IKLAN
Cerai

Dalam sesi soal jawab di mahkamah, suami mendakwa dia telah melafazkan, “Aku ceraikan jela kau ni”, namun si isteri menafikan dengan tegas dan berkata lafaz sebenar yang diucapkan suami adalah:

Weyh si*l, kau ingat aku tahan ke si*l?

Hakim yang mendengar pernyataan tersebut berkali-kali bertanya semula kepada suami sama ada benar lafaz itu diucapkan, dan si suami mengakuinya selepas beberapa kali didesak.

Hakim tersentak, lafaz cerai disabitkan

Cerai

Hakim kemudian menegur perbuatan si suami yang tidak sensitif terhadap keadaan isteri yang sedang hamil.

Malah, hakim turut meluahkan rasa kesal dengan tindakan suami yang mengikut emosi tanpa memikirkan kesan kepada isteri, terutamanya tempoh iddah yang perlu dilalui.

Akhirnya, mahkamah memutuskan bahawa lafaz talaq tersebut adalah sah dan jatuh satu talaq, manakala plaintif diarahkan untuk melalui tempoh iddah hamil bermula dari hari keputusan itu.

Pssttt! Lafaz cerai bukan sesuatu yang boleh dibuat main, apatah lagi bila melibatkan emosi sesaat dan pasangan yang sedang hamil. Suami seharusnya bertindak lebih bijak dan penuh empati, bukannya melepaskan amarah tanpa memikirkan kesannya kepada isteri dan anak yang bakal lahir.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas