Trending
“Saya Terima Teguran Anda Semua” – Chazynash Mohon Maaf Isu Mutaah Bekas Isteri
Chazynash mohon maaf isu mutaah dan tegaskan tidak akan tuntut semula pemberian kepada bekas isteri.
Satu demi satu kisah peribadi pempengaruh media sosial, Chazynash terus mencuri perhatian warganet.
Kali ini, beliau tampil memberi penjelasan dan memohon maaf secara terbuka selepas kenyataannya sebelum ini mengenai isu mutaah kepada bekas isteri menerima pelbagai teguran.
Chazynash mengakui kekhilafan dirinya dan menjelaskan bahawa pemberian mutaah tersebut dibuat atas persetujuan bersama tanpa melibatkan keputusan mahkamah.
“Penat naik turun mahkamah, kita deal cara elok-elok”

Menerusi perkongsian di media sosial, Chazynash berkata, keputusan mutaah sebelum ini dibuat bagi menyelesaikan urusan secara damai dan mengelakkan tekanan berpanjangan.
Malah, katanya perbincangan itu berlaku atas persetujuan dua pihak. Bekas isterinya bersetuju dengan syarat beliau tidak culas dalam nafkah anak-anak.
Tak tuntut semula mutaah, kini hanya mahu teruskan hidup

Chazynash atau nama sebenarnya YM Syed Fernarsh turut mengakui kelemahan persetujuan tersebut sehingga ia berjalan tidak seperti yang diharapkan.
Saya mohon, jangan lah kecam saya atau dia dalam hal ini. Saya pun dah redha sekarang dengan apa yang telah berlaku.Duit hadiah/mutaah tersebut,saya tak jadi tuntut semula.
Di akhir kenyataan, Chazynash mendoakan kebahagiaan buat bekas isterinya dan dia ingin terus melangkah tenang bersama keluarga baharunya.
Pssttt! Langkah Chazynash untuk mengaku silap dan reda dengan apa yang berlaku patut dijadikan contoh. Dalam apa jua perpisahan, jalan damai sentiasa lebih baik daripada pertikaian berpanjangan.
Kredit: Threads Chazynash
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
[EKSKLUSIF] YB Helmy Buat Content Untuk Didik Rakyat Bukan Kejar Populariti | Oh! Podcast Ep23
OH! MEDIA 06/02/2026 8:00 PM