Branded
U Mobile x The Cap City Tour Labuh Tirai, Suka Duka Peminat Jumpa Nigel Sparks Runtun Hati Netizen
Setiap yang datang ke sana ada jalan cerita yang berbeza-beza. Mereka terpacak menanti, siap sedia sebelum acara bermula.
Ada yang minta cuti. Ada yang berkongsi tumpang kereta ke destinasi. Ada yang mengikat perut demi tujuan ke sini tercapai. Yang paling mengharukan ada remaja naik bas secara solo ke beberapa lokasi acara.
Tidak ketinggalan dedikasi seorang peminat yang memandu berjam-jam untuk tidak ketinggalan menyertai sesi ini.
Tiada ganjaran, tiada yang memaksa, semuanya dilakukan demi menunjukkan sokongan dengan cara tersendiri.
Buat apa sahaja demi lihat lebih dekat
Tiba sahaja kenderaan MPV dinaiki krew, khalayak mula bersorak gembira. Yang dinanti sudah tiba, inilah masanya. Ada yang cuba memanjat MPV untuk melihat lebih dekat, ada yang bersorak, menjerit sekuat hati, berbuat apa sahaja untuk didengari.
Arahan demi arahan daripada pihak krew tenggelam dalam gegak-gempita dan kelam-kabut suasana. Matahari terik memancar, cuaca panas, masing-masing berpeluh makin menambahkan kehangatan suasana.

Semua ini tidak terjadi hanya kerana mengejar ‘hype’ atau perasaan tidak mahu ketinggalan ‘FOMO’ sesuatu produk.
Tapi beginilah hasilnya bila setiap seorang merasa diri mereka sebagai sebahagian dari cerita yang dikarang dengan penuh teliti.
Semangat ini merentas dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu, membawa ke JB sehingga ke Kuching, melalui Tambak Johor ke Singapura sampailah terbang nun jauh ke Brunei.
Lokasinya mungkin berbeza. Orang yang datang mungkin tak sama tapi masing-masing berkongsi minat dan semangat yang serupa apabila memegang topi The Cap City masing-masing.
Ini membuktikan U Mobile bersama The Cap City berjaya mengumpulkan orang kebanyakan dari pelbagai latar belakang demi satu tujuan yang sama.
Mereka mungkin tidak mengenali satu sama lain. Tapi setiap dari mereka tidak kekok atau lokek berkongsi air dalam kepanasan atau saling membantu apabila ada yang terjatuh.
Pulang dengan cerita berbeza
14 negeri, 3 negara dengan jarak 10,820km, persahabatan terjalin walaupun pada mulanya saling tidak kenal dari awal.
Bukan semua pulang dengan topi percuma, tapi setiap seorang pastinya pulang membawa pulang cerita dari perspektif berbeza.
U Mobile x The Cap City Payung Tour adalah epitome terulung sesuatu perkara boleh menjadi gamat, tapi nilai kepercayaan melangkaui segalanya.
Jarak hanyalah sekadar angka. Ternyata ilham yang tercetus dari jenama jalanan tempatan boleh merentas sempadan dan dirasakan begitu dekat dan akrab di hati.
Pakai Kad Kredit Lagi Best Dari Debit, Aznah Sekolahkan Netizen Sampai Pandai | Oh! Podcast Ep21
OH! MEDIA 11/01/2026 3:00 PM