Connect with us

Oh! Media

Rumah Naib Presiden AS Diserang

Ohmedia naib presiden as

Oh! Tidak

Rumah Naib Presiden AS Diserang

Kediaman JD Vance dipecah masuk, tingkap dirosakkan dan polis kini siasat kejadian misteri waktu malam.

Rumah Naib Presiden Amerika Syarikat, JD Vance di Cincinnati, Ohio dilaporkan telah diserang. Beberapa tingkap kediaman dipercayai telah dipecahkan. Dalam siasatan awal, pihak polis menerima laporan mengenai individu yang dilihat melarikan diri dari kawasan rumah berkenaan hanya beberapa saat selepas tengah malam.

Menurut laporan media tempatan, tingkap-tingkap di rumah JD Vance telah dirosakkan dalam kejadian yang berlaku pada waktu malam.

Kawasan sekitar rumah turut diperiksa secara terperinci bagi mencari sebarang petunjuk berhubung pencerobohan itu.

IKLAN

Ejen keselamatan AS segera dikerah ke lokasi

Sebaik sahaja menerima maklumat, ejen Perkhidmatan Rahsia dan polis terus bergegas ke lokasi kejadian. Salah seorang jurucakap polis memberitahu bahawa pihaknya menerima laporan mengenai individu yang melarikan diri ke arah timur dari lokasi kejadian.

Setakat ini, belum dapat dipastikan sama ada JD Vance atau ahli keluarganya berada di rumah ketika kejadian berlaku. Untuk rekod, jalan masuk ke rumah JD Vance telah ditutup oleh pihak berkuasa sejak 29 Disember hingga 4 Januari.

Sekatan keselamatan turut dilaksanakan dan hanya penduduk tertentu dibenarkan masuk selepas menjalani pemeriksaan. Bagaimanapun, menurut laporan WCPO, semua sekatan tersebut telah ditarik balik pada pagi Isnin lalu.

Perkhidmatan Rahsia AS memang ditugaskan untuk menjaga keselamatan pemimpin tertinggi negara itu termasuk pegawai yang dipilih. Kes pencerobohan seperti ini sememangnya dianggap serius dan memerlukan siasatan menyeluruh.

Pssttt! Tiada apa yang boleh Ohmedia katakan. Tahniah kepada penyerang, itu sahaja.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas