Oh! Tech
Memang Fenomena Habis! Ramai Rakyat Malaysia Beratur Untuk Miliki HONOR X9d 5G!
HONOR kembali lagi menjadi topik perbualan di mana hari ini, ramai orang mula berbaris di hadapan stor-stor berautoriti sempena penjualan rasmi HONOR X9d 5G!
Menariknya, rata-rata pelanggan yang beratur sebenarnya dah melakukan pra-tempahan sebelum ini untuk mendapatkan unit mereka dari kumpulan pertama, menjadikan suasana kelihatan lebih meriah dan lebih hangat daripada biasa!
Catat Prestasi Jualan “Fenomena”, HONOR X9d 5G Tarik Minat Rakyat Malaysia!
Kalau korang nak tahu, semua stok HONOR X9c 5G yang ada di saluran dalam dan luar talian telah habis terjual sepenuhnya semasa kempen pra-tempahan tau! Seriuslah?!

Lebih membanggakan, perkara ini telah memecahkan rekod jualan habis terpantas yang sebelumnya dirangkul peranti HONOR X9c 5G, menjadikan ia prestasi jualan ‘fenomena” dan membuktikan daya tarikan cukup kuat untuk siri X.
HONOR Terima Anugerah Rekod ASEAN Untuk “Telefon Pintar Julat Pertengahan Terlaris”

Bayangkan, dalam pasaran yang sangat kompetitif, dengan pelbagai jenama mengeluarkan peranti terkini, Siri X secara konsisten mendahului di semua saluran jualan, mencapai lonjakan pesat dalam pasaran, dari 33% pada 2023 kepada 56% pada 2025!
Maksudnya, HONOR X Series adalah satu daripada dua telefon pintar pertengahan yang dijual di Malaysia, menjadikan ia jenama yang mendominasi dalam segmen ini. Terbaiklah HONOR!

Bukan itu saja, disebabkan pencapaian yang cukup membanggakan ini, HONOR telah menerima penganugerahan daripada Rekod ASEAN, dengan HONOR X9 Series diiktiraf sebagai “Telefon Pintar Pertengahan Terlaris”.
Mementingkan Kepuasan Pengguna, Ini Sebab Disebalik Permintaan Luar Biasa
Bila kami kongsikan tentang kejayaan HONOR ni, mesti korang terfikir, macam mana dan apakah yang mereka lakukan sehingga berjaya untuk berada di posisi sekarang betul tak?
Kalau korang nak tahu, kejayaan luar biasa HONOR X9d 5G ini berpunca daripada enam peningkatan utama yang direka untuk mentakrif semula piawaian telefon pintar pertengahan.

Penambahbaikan yang HONOR lakukan untuk keluaran terkini menjawab langsung keperluan teras pengguna.
Antaranya termasuk peningkatan ketara dalam ketahanan peranti, bateri berkapasiti besar dan prestasi lancar dan berkuasa tinggi.
Selain itu, HONOR juga mementingkan perlindungan buat pengguna, dan menambah satu lagi bentuk perlindungan iaitu Waranti Perlindungan Kerosakan Cecair selama setahun, selain daripada Waranti Lanjutan Satu Tahun secara PERCUMA dan Penggantian Retak Depan dan Belakang untuk 365 hari. Bagusnya!
Perlindungan-perlindungan ini lah yang menjadikan HONOR X9d 5G sebagai satu-satunya jenama telefon pintar dalam pasaran yang menawarkan bentuk perlindungan yang menyeluruh.
Miliki HONOR X9d 5G Sekarang & Nikmati Hadiah Percuma Bernilai RM946

Perlindungan terjamin, pecah rekod habis jualan terpantas, siap dapat anugerah lagi, ini semua bukti yang HONOR X9d 5G memang peranti yang sangat berbaloi untuk dimiliki.
Jadi, korang tunggu apa lagi, miliki HONOR X9d 5G sekarang dan korang berpeluang untuk menikmati hadiah PERCUMA bernilai RM946 termasuk HONOR Watch 2i dan pelan perlindungan komprehensif seperti Penggantian Retak Depan Belakang 365 hari, Waranti Lanjutan Satu Tahun, serta Perlindungan Kerosakan Cecair Satu Tahun tau!
Dapatkan HONOR X9d 5G di semua kedai pengalaman HONOR di seluruh Malaysia, serta laman web rasmi HONOR dan kedai rasmi di Lazada, Shopee, serta TikTok Shop.
Selain itu, telefon pintar ini juga boleh didapati menerusi para pengedar berautoriti termasuk Harvey Norman, Senheng, SenQ, dan Urban Republic.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM