Connect with us

Oh! Media

Albert Tei Akan Saman SPRM Dan Azam Baki

Ohmedia albert tei sprm

Oh! Negara

Albert Tei Akan Saman SPRM Dan Azam Baki

Ahli perniagaan Albert Tei saman SPRM dan kerajaan kerana dipaksa pakai baju lokap sebelum disabit bersalah.

Ahli perniagaan, Albert Tei, bertindak memfailkan saman terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, agensi tersebut, serta kerajaan Malaysia.

Tindakan itu dibuat selepas beliau mendakwa telah dipaksa memakai baju lokap berwarna oren ketika masih dalam siasatan, walaupun belum dibuktikan bersalah di mahkamah.

Peguam Albert Tei dakwa tindakan tidak berperikemanusiaan

Peguam Albert, N Surendran, menyatakan saman tersebut telah difailkan di Mahkamah Tinggi dengan tuntutan ganti rugi.

IKLAN

Atas kuasa mana, undang-undang mana orang yang hanya ditangkap masih disiasat, orang biasa dipaksa memakai baju lokap oren. Kalau akhirnya orang itu dibebaskan oleh mahkamah, apa jadi? Adakah beliau boleh menebus kehilangan maruah?- Katanya.

Albert turut mendakwa dia digari dan dibawa ke pelbagai lokasi awam dalam keadaan berpakaian lokap, kononnya untuk tujuan reman.

Saya dibawa ke mahkamah dengan digari dan pakai baju tersebut untuk direman, selepas itu SPRM bawa saya ke beberapa tempat yang dilihat orang ramai.

Perbuatan mereka sengaja memperjudiskan imej saya di mata masyarakat. Selain itu, mereka dengan sengaja mendera mental saya, cuba menghancurkan semangat perjuangan saya.- Katanya.

Pertikai layanan berbeza terhadap individu kenamaan

Albert turut mempersoalkan layanan yang berbeza diberikan kepada ahli politik dan individu berprofil tinggi dalam siasatan SPRM.

Saya ingin tanya kenapa Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Ismail Sabri sebelum ini tidak pakai baju oren SPRM? Apa beza? Sebab mereka berprofil tinggi? Saya orang biasa? Adakah ini cara penguatkuasaan Malaysia dengan dua darjat? Saya cabar SPRM jawab soalan saya.- Katanya.

Sebagai makluman, Albert sebelum ini mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan rasuah berkaitan kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah.

Pertuduhan tersebut melibatkan wang tunai RM140,000 dan perabot serta peralatan elektrik bernilai RM36,829.03, yang didakwa diberikan kepada bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar.

Pssttt! Ohmedia harap korang faham, dalam apa jua siasatan atau perbicaraan, maruah individu tetap perlu dijaga. Biar undang-undang yang tentukan salah atau tidak, bukan pandangan masyarakat.

Kredit: Malaysia Gazette
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas