Branded
Hospital Pakar Baharu Di Rawang Buka Peluang Penjagaan Kesihatan Lebih Dekat Dan Mudah
Beberapa minggu lepas, tular video pendek yang memaparkan “micro world” dalam organ manusia di media sosial. Visual unik itu memperlihatkan figura kecil sedang bergerak di dalam tubuh manusia, seolah-olah meneroka dunia ortopedik, pembedahan, jantung, serta perjalanan ibu dan anak.
Ramai tertanya-tanya, apakah maksud di sebalik video itu?
Jawapannya….
Inilah bab baharu dalam dunia penjagaan kesihatan tempatan: Selgate Specialist Hospital Rawang (SSH Rawang).
Bayangkan penat lelah untuk mendapatkan rawatan pakar, terpaksa ke bandar besar dengan menempuh jem dan menunggu lama bakal berakhir untuk penduduk Rawang dan kawasan sekitar!
Penjagaan Pakar Lebih Dekat, Lebih Mudah
SSH Rawang dibangunkan khusus untuk memberi pilihan rawatan pakar berkualiti tinggi kepada masyarakat sekitar Rawang, Batang Kali, Bukit Beruntung, Sungai Buloh, Tanjung Malim, Puncak Alam, Gamuda Gardens, Tasik Puteri dan kawasan yang berhampiran.
Disokong oleh SELGATE Group melalui rangkaian SELCARE yang merangkumi klinik, pergigian, farmasi, makmal diagnostik dan ambulans, hospital ini membawa pendekatan menyeluruh terhadap kesihatan komuniti.
Lebih menarik, SSH Rawang bukan hospital awam seperti yang disangka sesetengah pihak, tapi merupakan hospital pakar swasta dengan harga berpatutan, menjadikan rawatan berkualiti lebih mudah dicapai.
Empat Pusat Kecemerlangan Dengan Bidang Kepakaran Berbeza Untuk Semua
SSH Rawang menumpukan kepakaran kepada empat bidang utama bagi memenuhi keperluan kesihatan masyarakat:
1. Pusat Ortopedik


Menawarkan rawatan kecederaan sukan, trauma, pembedahan tangan dan tulang belakang agar pesakit dapat kembali bergerak aktif.
2. Pusat Pembedahan


Menjalankan pembedahan am, bariatrik, pembedahan tangan & mikro serta pembedahan sistem robotik dengan teknologi canggih yang membantu proses pemulihan lebih cepat.
3. Obstetrik dan Ginekologi (O&G) serta Pediatrik


Memberi tumpuan kepada penjagaan ibu, wanita dan anak-anak- dari obstetrik hingga kardiologi pediatrik.
4. Pusat Oftalmologi

Tawarkan penjagaan mata menyeluruh daripada pemeriksaan rutin hinggalah rawatan lanjutan seperti pembedahan katarak, saringan mata untuk pesakit diabetes dan prosedur invasif minimum.
Lengkap dengan peralatan diagnostik moden dan kemudahan pembedahan sehari, pusat ini memastikan pengalaman yang tepat, selesa dan efisien.
SSH Kombi Van Jelajah Sekitar Rawang
Tapi bukan itu saja, sebagai sebahagian daripada kempen pelancaran, SSH Rawang memperkenalkan SSH Kombi Van yang akan menjelajah ke beberapa lokasi utama seperti AEON Rawang, Anggun City dan pusat bandar Rawang.
Penduduk boleh berjumpa terus dengan pasukan hospital, bertanya soalan dan sertai aktiviti santai.
Macam ni barulah masyarakat rasa lebih yakin dan selesa untuk mengenali hospital yang bakal menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka.
Ini Baru Permulaan – “Every Life Matters”

Di sebalik setiap inisiatif SSH Rawang ialah falsafah “Every Life Matters” dan nilai C.A.R.E.: Clinical Excellence, Advancing Health, Responsive Healing, Empowering Lives.
Inilah permulaan baharu untuk komuniti Rawang, penjagaan kesihatan pakar yang lebih dekat dan memahami masyarakat sekitar.
Maklumat lanjut layari selgatespecialist.com atau ikuti SSH Rawang di Facebook dan Instagram.
Pakai Kad Kredit Lagi Best Dari Debit, Aznah Sekolahkan Netizen Sampai Pandai | Oh! Podcast Ep21
OH! MEDIA 11/01/2026 3:00 PM