Branded
“Plasma Cannon Pun Tak Boleh Tewaskan HONOR X9d!” – Telefon Midrange Paling Kebal Kini Di Malaysia
Kalau sebelum ni kita selalu dengar telefon jatuh dari meja terus retak, kali ni HONOR bawa cerita lain. Model terbaru HONOR X9d 5G dah melalui ujian ekstrem yang tak masuk akal, ditembak dengan plasma cannon dan tetap hidup tanpa sebarang kerosakan.
Ini bukan sekadar gimik, tapi bukti betapa seriusnya HONOR dalam menghasilkan telefon midrange paling tahan lasak di pasaran.
Dari Juara Jualan Ke Ikon Ketahanan

HONOR X Series bukan nama kecil. Sejak kemunculan HONOR X9b, siri ini dah jadi pilihan utama rakyat Malaysia. Tiga tahun berturut-turut, ia kekal sebagai telefon pintar midrange paling laris dengan penguasaan pasaran sehingga 55% pada 2025.
Maknanya, untuk setiap dua telefon midrange yang terjual, satu daripadanya adalah siri HONOR X. Reputasi ni bukan datang dari marketing semata, tapi daripada keyakinan pengguna terhadap kualiti dan ketahanan produk.
Plasma Cannon Test: Bukti Ketahanan Yang Tiada Tandingan

Dalam sesi eksklusif bersama media, HONOR buat sesuatu yang tak pernah kita lihat sebelum ni. HONOR X9d 5G ditembak dengan plasma cannon, senjata ujian khas yang keluarkan haba melampau dan tekanan udara kuat. Walaupun diuji dalam situasi ekstrem yang takkan dialami dalam dunia sebenar, peranti ini langsung tak menunjukkan kerosakan dan masih berfungsi macam biasa.

Tak cukup dengan itu, skrin X9d turut diuji dengan air nail gun dan stapler industri. Bila tin minuman dan kaca tempered biasa pecah berkecai, skrin telefon ini tetap solid tanpa retak. Demonstrasi ni jelas letak X9d pada tahap ketahanan yang jarang kita nampak dalam kategori midrange.
Rekaan Yang Diinspirasikan Dari Teknologi Bulletproof

Apa rahsia dia?
HONOR guna Ultra Deep Tempered Glass yang meningkatkan tahap tahan jatuh hingga 2.5 meter. Di bahagian dalam pula ada Bulletproof-Inspired Shock-Absorption Framework dengan enam lapisan perlindungan, termasuk non-Newtonian fluid yang serap tenaga hentakan.
Gabungan ini menjadikan X9d 112% lebih tahan impak berbanding generasi sebelum. Wow!
Perlindungan Air & Debu Tahap Industri

Bukan setakat tahan jatuh, HONOR X9d 5G adalah telefon pertama di dunia dengan pensijilan IP69K. Ini bermakna ia boleh tahan pancutan air bertekanan tinggi, suhu panas, malah bertahan dalam air sedalam 1 meter hingga sebulan.
Fungsi AI Heavy Rain Touch dan AI Glove Touch pula pastikan skrin responsif walaupun masa hujan lebat atau bila pakai sarung tangan.
Triple Assurance Untuk Pengguna
HONOR bukan sekadar bagi ketahanan fizikal, tapi juga jaminan perlindungan yang menyeluruh. Setiap pembelian X9d datang dengan:
- 365 hari perlindungan retak depan & belakang
- 1 tahun jaminan kerosakan cecair
- 1 tahun waranti tambahan
Pakej ni menjadikan X9d bukan saja tahan lasak, tapi juga bebas dari rasa risau kalau berlaku apa-apa kejadian tak dijangka.
Bateri 8,300mAh – Raja Ketahanan Sejati

HONOR X9d turut hadir dengan bateri paling besar dalam industri, 8,300mAh, cukup untuk kegunaan tiga hari penuh tanpa caj.
Ia mampu bagi 23.8 jam video streaming, hampir 17 jam gaming, atau lebih 12 jam panggilan video. Bila bateri mula low, 66W HONOR SuperCharge boleh isi semula dengan pantas. Tambah menarik, ia juga menyokong reverse charging untuk dijadikan powerbank kecemasan.
Paparan Cerah, Kamera 108MP & Audio Mantap
HONOR X9d tampil dengan paparan 6,000 nits – paling terang dalam kelasnya, lengkap dengan teknologi perlindungan mata seperti 3840Hz PWM Dimming dan AI Circadian Night Display.
Dari segi kamera, ia dibekalkan sensor 108MP Ultra-Sensing dengan bukaan besar f/1.75 untuk hasil gambar yang jelas dalam cahaya malap. Fungsi AI editing tools pula mudahkan suntingan kreatif terus dari telefon. Tak lupa, Bass Dual Speaker dengan Ultra Volume Mode naikkan audio sehingga 400% untuk pengalaman hiburan lebih imersif.
Harga & Tawaran Pre-Order


Di Malaysia, HONOR X9d 5G dijual bermula RM1,499 dengan 4 pilihan warna Forest Green, Midnight Black Reddish Brown dan Sunrise Gold, . Lebih menarik, sesi pre-order dari 24 September hingga 9 Oktober datang dengan hadiah percuma bernilai RM1,146 termasuk HONOR Pad X7, 365 hari perlindungan retak depan & belakang, 1 tahun waranti tambahan dan 1 tahun perlindungan kerosakan cecair.
Tawaran ni jelas menjadikan X9d sebagai telefon midrange paling berbaloi dan paling tough untuk dimiliki tahun ini.
Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR X9d 5G, layari www.honor.com/my atau ikuti perkembangan terkini di Facebook HONOR Malaysia.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM