Setelah hampir sebulan berpuasa, Syawal yang dinanti kian tiba. Inilah masa ahli keluarga dan sanak saudara berkumpul bagi mengeratkan hubungan silaturahim.
Tapi apabila pandemik melanda, kini semuanya berbeza, masing-masing lebih banyak menghabiskan masa di rumah sama ada bekerja atau belajar dan terpaksa mengehadkan aktiviti di luar.
Persoalannya, adakah dengan sentiasa berada di rumah korang menjadi lebih rapat antara ahli keluarga atau masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri sampai tidak bertegur sapa?
Mungkin korang rasa kalau tinggal bersama itu dah cukup untuk tidak merasa kesepian, tapi adakah kehadiran korang dirasai atau hanya sekadar ada?
Mengangkat mesej kekeluargaan, TNB tahun ini mempersembahkan Hikmah Raya Aida. Jom layan dulu videonya.
Aida jadi usahawan kuih raya berjaya. Tak perlu risau lagi tentang tiket bas….
Kembali atas permintaan ramai, Aida yang menghadapi dugaan raya paling epik 4 tahun lalu, sekali lagi merayakan Aidilfitri bersama TNB serta rakyat Malaysia.
Kalau dalam filem raya sebelum ini, Aida sanggup lakukan apa sahaja untuk balik ke kampung. Lepas jadi pengusaha kuih berjaya, lain pula cerita sebab dia terlalu sibuk sampai tiada masa diluangkan bersama keluarga walaupun tinggal serumah.
Pelbagai usaha yang dilakukan oleh keluarganya dalam percubaan mereka untuk mendekati Aida. Namun, ketika dia bersedih mengenai pandemik yang telah mengubah nasib perniagaannya, ibunya berjaya memujuk Aida untuk meluangkan masa membantu keluarga bagi persiapan raya. Ini sekaligus telah membuatkan Aida melupakan kesedihannya dan pada akhirnya dia menyedari setiap ujian yang berlaku ada hikmahnya.
Hikmah pandemik memberi pengajaran kepada Aida bahawa hidup ini bukan hanya tertumpu pada dirinya sahaja, malah terdapat ahli keluarga di sisi yang selama ini menemaninya.
Apa yang menjadikan filem raya TNB unik seperti tahun sebelumnya, ia memaparkan realiti bagaimana pandemik memberi pengajaran serta peringatan buat kita semua, supaya menghargai mereka yang sentiasa berada di sisi dan meluangkan masa yang bermakna untuk mengeratkan hubungan sesama keluarga, walau di mana jua kita berada.
Filem pendek TNB yang sarat dengan nasihat ini juga mengajar erti kesabaran dalam mengharungi tahun yang serba mencabar ini.
Hargai mereka yang tersayang jauh atau dekat, baik ketika senang, mahupun sukar
Masa bersama lebih bermakna, eratkan keluarga di mana jua anda berada.
Tapi macam ada tak cukup je , mana Jero yang selalu buat kemunculan ikonik setiap kali raya? Haaa.. Kalau korang nak tau, pastikan tengok video ni sampai habis. Jero ada buat kemunculan istimewa tau!
Untuk peminat setia Jero. Korang boleh mengikuti perkembangan kucing macho ni di akaun instagram rasmi TNB, tenaga_nasional. Jangan lupa klik love untuk Jero tau!
Layari saluran YouTube TNB untuk menikmati lebih banyak karya sinematik yang dihasilkan & untuk perkembangan terkini, korang boleh ikuti Facebook Tenaga Nasional Berhad.