Connect with us

Oh! Media

KJ Harap Najib Bayar Kompaun Yang Belum Setel, KKM Dah Denda Lim Kit Siang

Cover Photo Om 1200 X 675 93

Oh! Negara

KJ Harap Najib Bayar Kompaun Yang Belum Setel, KKM Dah Denda Lim Kit Siang

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendoakan supaya ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang cepat sembuh selepas dia disahkan positif Covid-19.

Dalam hantaran di Facebook itu, Najib turut mempersoalkan mengapa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak mendenda Kit Siang yang dilihat berpelukan ketika Kongres DAP hujung minggu lalu.

Terbaru, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi satu ciapan di Twitter berkata KKM sudah mengeluarkan kompaun kepada Lim Kit Siang.

IKLAN

Khairy Jamaluddin atau lebih mesra disapa KJ turut berharap Najib membayar satu kompaun yang masih belum diselesaikan ketika PRN Johor baru-baru ini.

Beliau mewakili KKM turut berharap ahli Parlimen Pekan itu menerima empat lagi kompaun yang dihantar melalui pos daftar yang enggan diterima pegawainya sebelum ini.

Image 1

Menerusi hantaran terbaru di Facebook, Najib berkata dia akan membayar lima kompaun yang dikenakan terhadapnya itu.

Kredit: Facebook Najib Razak | Twitter Khairy Jamaluddin

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas