Oh! Artis
“Sepatutnya Lahir Pada Hari Yang Sama Dengan Ummi Dia” – Neelofa
Sempena ulang tahun kelahiran yang ke-33 hari ini, selebriti popular Neelofa meluahkan rasa syukur dengan hadiah teristimewa yang diterimanya iaitu putera sulung, Muhammad Bilal Muhammad Haris.
BACA: Neelofa Selamat Bersalin Anak Lelaki, Beri Nama Muhammad Bilal
Menerusi hantaran terbaru di Instagram, dia turut mendedahkan anaknya itu dijangka lahir hari ini (pada hari jadinya iaitu 10 Februari).
Due date sama dengan hari jadi
Bersama hantaran itu, isteri kepada Pu Riz ini memuat naik gambar imbasan kehamilan menunjukkan EDD (AUA) bertarikh 10/2/22.
Dia bagaimanapun bersyukur dengan aturan yang disusun Allah SWT sekaligus menjadikannya seorang ibu.

Pengacara ini menganggap Bilal hadiah teristimewa buatnya dan suami. Dia berdoa semoga anak menjadi soleh dan permata keluarga yang menguatkan kasih sayang serta hubungan dengan Allah SWT.
Amin! Tahniah dan selamat hari jadi Neelofa!
Kredit: Instagram
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM