Connect with us

Oh! Media

“Ingatkan Orang Malaysia Je Geram, Rupanya Sampai Ke Thailand Sana!” – Netizen

803dbd7f 4b70 497d b10b 1b0501508752

Trending

“Ingatkan Orang Malaysia Je Geram, Rupanya Sampai Ke Thailand Sana!” – Netizen

Kecoh baru-baru ini di media sosial apabila Datin Noor Kartini Noor Mohamed iaitu ibu kepada pengacara Neelofa dikatakan telah menghantar permohonan untuk mendaftarkan nama produk makanan ‘Harimau Menangis’ di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan tindakan itu juga telah menimbulkan rasa kurang senang segelintir netizen di Twitter dan juga di Facebook. 

Menurut laporan media pada Khamis lalu, Noor Kartini dikatakan telah pun memaklumkan kepada umum bahawa permohonan itu sebenarnya bukanlah merujuk kepada nama daging ‘harimau menangis’ itu, tetapi sebaliknya merujuk kepada rekaan pada tulisan perkataan itu.

BACA: ‘Kami Mohon Maaf’ – Dakwaan Trademark Harimau Menangis, Ini Penjelasan Pihak Syarikat

IKLAN

Isu ‘trademark’ harimau menangis ini juga bukan sahaja telah menimbulkan kemarah netizen di Malaysia, malah ia turut menimbulkan rasa kurang senang buat warga di Thailand. 

Terbaru, kecoh di Twitter apabila seorang netizen Thailand dikatakan turut memuat naik posting mengenai isu pengklaiman nama harimau menangis itu.

Pengguna Twitter yang dikenali sebagai @Cake_journey itu telah menulis ringkasan kejadian dimana Noor Kartini dilaporkan telah mendaftarkan ‘trademark ‘ bagi nama makanan yang sudah pastinya berasal daripada negara Thailand.

https://twitter.com/Cake_journey/status/1349553395267379201?s=20

Salah satu syarikat swasta di Malaysia telah mendaftarkan ‘trademark’ ke atas ‘Crying Tiger’ (Harimau Menangis) dengan mengklaim ia sebagai warisan intelektual. Tetapi ianya tidak dipersetujui oleh warga Malaysia kerana mereka tahu jika menu ini adalah berasal daripada Thailand. Perbalahan ini juga telah melambatkan pendaftaran itu untuk diluluskan. – Tulisnya di Twitter.

Namun, disebalik kekecohan itu terdapat juga di antara netizen Thailand yang tersentuh dengan tindakan netizen Malaysia dan turut mengucapkan terima kasih kepada netizen kerana telah membangkang dan tidak bersetuju mengenai isu itu.

Rakyat malaysia bantu mempertahankan makanan kami. Kami sangat menghargainya!

Terima kasih Malaysia dengan tindakan anda. Ternyata kami juga ada sahabat di Malaysia. – Tulis netizen Thailand di Twitter.

Ruangan komen posting itu juga turut dibanjiri oleh netizen Malaysia yang rata-ratanya dilihat cuba memohon maaf bagi pihak Noor Kartini diatas isu pengklaiman nama harimau menangis itu.

3b28e905 a53c 4a3a 8983 1a069ffbdef2
6d7398f3 1fb3 45d2 8238 c9fb935d18ae
60d0f711 0341 49d1 961a 7d1bc249f720
87c317cf 9d74 477b b984 65f1888c1256
C74e602d 35c9 4be8 ba99 4e7536c67ff3

Tahniah Netizen Malaysia! Oh! Media bangga dengan sikap kerjasama korang semua, tak pernah mengecewakan. Terbaik!

Kredit: cake_journey

+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas