Connect with us

Oh! Media

Taknak Paksa Orang Panggil Datuk – Fizz Fairuz

Fizjpg

Umum

Taknak Paksa Orang Panggil Datuk – Fizz Fairuz


Kini, pelakon Fizz Fairuz telah bergelar Datuk setelah menerima Darjah Indera Mahkota Pahang sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang pada 27 Januari yang lalu.

Di atas gelaran tersebut, dia tidak berharap orang ramai dan peminat memanggilnya dengan gelaran tersebut kerana bagi Fizz Fairuz atau nama sebenar Mohd Fairuz Zainal Abidin, 38, dia lebih selesa jika dipanggil dengan panggilan abang ataupun namanya sahaja.



“Ada juga yang panggil saya abang, Fizz dan Datuk. Malah, ada yang mula-mula panggil abang kemudian minta maaf dan panggil saya Datuk.

“Tapi saya cakap panggil sahaja abang. Saya tak akan cakap dan paksa orang untuk panggil saya dengan gelaran itu.

“Terpulang pada individu, saya tak mengharapkan orang panggil saya Datuk,” ujarnya kepada mStar Online.

Begitu juga Fizz bersama rakan-rakannya, berharap tidak mahu wujud jurang persahabatan.
“Saya dengan rakan-rakan masih macam biasa. Saya memang tak mahu ada jurang antara kami. Saya masih Fizz yang dulu.

“Kadang-kadang bila ada pangkat orang takut pula nak berkawan dengan kita. Namun penganugerahan ini adalah satu pemberian dan kurniaan yang tak dapat ditolak,” katanya lagi.
Sumber : Sinar Harian

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

IKLAN

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas