Oh! Negara
Lepasan Tahfiz Dan UEC Kini Berpeluang Mohon Program Tertentu Di IPTA
Lepasan tahfiz dan UEC kini boleh mohon program tertentu di IPTA menerusi sistem UPUOnline berdasarkan merit.
Calon lepasan sekolah atau institusi tahfiz serta Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)/Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) kini mempunyai peluang untuk mengikuti beberapa program tertentu di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA).
Ohmedia difahamkan, perkara itu dipersetujui menerusi keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri berkaitan laluan kemasukan pelajar lepasan di luar sistem pendidikan kebangsaan ke IPTA.
Lepasan tahfiz dan UEC boleh mohon melalui UPUOnline

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan, calon daripada aliran terbabit yang memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) penuh boleh memohon mana-mana program pengajian yang ditawarkan menerusi sistem UPUOnline.
Permohonan itu bagaimanapun akan dibuat mengikut kiraan merit berdasarkan pakej mata pelajaran yang sudah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Bagi lepasan sekolah atau institusi tahfiz, antara program yang dikenal pasti ialah Diploma dan Sarjana Muda Dakwah, Diploma dan Sarjana Muda Al-Quran dan As-Sunnah, Sarjana Muda Pendidikan Tahfiz serta Sarjana Muda Pengajian Islam (Dakwah).
Beberapa program bahasa Cina turut ditawarkan

Untuk calon lepasan SMPC atau UEC pula, antara program dikenal pasti termasuk Sarjana Muda Sastera Pengajian Bahasa Cina dengan Kepujian, Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Cina, Sarjana Muda Sastera Pengajian Cina dan Sarjana Muda Bahasa Cina dengan Pendidikan.
Menurut KPT, semua permohonan masih tertakluk kepada syarat am dan syarat khas program yang ditetapkan oleh universiti.

Dalam masa sama, KPT turut menjelaskan bahawa calon daripada aliran terbabit yang mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) serta diperakui KPM juga boleh dipertimbangkan untuk mengikuti program tertentu di IPTA.
Semua permohonan akan diproses berdasarkan prinsip meritokrasi, syarat kelayakan akademik dan keputusan Senat Universiti.
Pssttt! Peluang pendidikan memang penting untuk semua golongan pelajar. Apa pun aliran yang korang ambil, paling penting kena terus usaha dan manfaatkan peluang yang ada untuk masa depan yang lebih baik.
Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM