Oh! Artis
“Jika Rujuk Sah, Automatik Saya..” – Datuk Red Lafaz Cerai Terhadap Adira Ketika Live TikTok
Datuk Red nafi gila talak, jelaskan tujuan sebenar fail pengesahan rujuk dengan Adira.
Usahawan kontroversi, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu menafikan dakwaan gila talak gara-gara menfailkan pengesahan lafaz rujuk terhadap bekas isterinya, Adira.
BACA: “Tergamaknya Dia Ya?” – Adira Terkejut Datuk Red Tuntut RM100k Jika Mahu Batalkan Rujuk
Menerusi satu video yang diambil dari sesi live TikTok, Datuk Red menjelaskan kes itu difailkan untuk mendapatkan pengesahan jika rujuk yang dibuat pada 2024 sah.
Datuk Red lafaz cerai terhadap Adira secara live

Jika rujuk didapati sah, dia akan melafazkan sekali lagi cerai terhadap Adira kerana dia memang mahu berpisah.
Korang nak kata aku wayang ke apa lantak korang, apa yang aku cakap ini korang boleh simpan boleh rekod. Korang kata aku tak move, aku gila talak ke apa ke. 25/6/2026 jika rujuk aku sah, automatik saya Adnan bin Abu ceraikan Siti Adira binti Suhaimi dengan talak satu.
Katanya lagi, kalau ikutkan hati dia mahu melafazkan terus talak terhadap Adira ketika di luar mahkamah.
Namun, secara undang-undang dia harus membuat pengesahan rujuk terlebih dahulu dan untuk mengelakkan denda jika lafaz cerai dibuat di luar mahkamah.
Sekarang ni puas hati? Ada ke orang bayar aku RM100,000? Tak pasal-pasal aku kena lafaz cerai depan korang.
Datuk Red yang berang dituduh gila talak dan bermain wayang berharap netizen berpuas hati.
Katanya, walaupun dia tidak memberi nafkah dan ‘biawak hidup’, dia juga mempunyai maruah diri yang harus dijaga.

Dalam sesi live itu, Datuk Red dilihat bersiaran langsung dengan bekas isteri pertamanya iaitu Syarifah Nor Shafila.
Jahat lagi ke aku? Aku dah lepaskan dia. Aku cuma nak mengesahkan rujuk aku je, kalau rujuk aku sah aku akan ceraikan dia. Kalau rujuk aku tak sah, tak sahlah. Korang bayangkan kalau dia kahwin, aku masih lagi macam tu (suami) macam mana? Aku minta pengesahan je, bukannya aku minta dia rujuk dengan aku.
Syarifah Nor Shafila menasihati Datuk Red supaya mengabaikan komen negatif dan tidak perlu menerangkan hal sebenar kepada semua orang.
Katanya, apa yang penting Datuk Red menyelesaikan isu dengan pihak yang sepatutnya.
Terdahulu, mahkamah menangguh prosiding pengesahan lafaz rujuk yang difailkan Datuk Red terhadap Adira pada 25 Jun depan.
Pssttt! Kalau dilihat dari penjelasan Datuk Red, jelas isu ini lebih kepada prosedur undang-undang dan bukannya soal perasaan. Tapi biasalah, bila melibatkan figura awam, apa saja tindakan pasti akan dipersoalkan. Apa pun, harap semua pihak dapat selesaikan isu ini dengan baik tanpa terus menambah konflik.
Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM