Trending
“Aku Gi Umrah, 10 Sen Pun Tak Hulur” – Wanita Kecewa Ibu Beri Air Zamzam Pada Adik Beradik Tanpa Izin
Air zamzam hanya asbab, rupa-rupanya wanita ini sudah lama pendam rasa kerana ibu pilih kasih.
Seorang wanita menarik perhatian ramai apabila meluahkan rasa kecewa selepas mendapati air zamzam yang dibawa pulang dari umrah telah diagihkan oleh ibunya kepada adik beradik lain tanpa pengetahuannya.
Menerusi perkongsian di platform Thread, pengguna akaun bernama @yoona8456 menceritakan bahawa dia baru pulang dari umrah dan terlalu letih sehingga tertidur sebaik tiba di rumah.
Namun, apabila bangun tidur, dia mendapati air zamzam 5 liter miliknya hanya tinggal sedikit.
Rasa kecewa bila barang diberi tanpa kebenaran

Menurut wanita itu, air tersebut telah diberikan kepada kakak dan abang-abangnya dengan jumlah yang banyak.
Namun, apa yang membuatkan dia kecil hati ialah jumlah yang tinggal untuknya hanya sedikit iaitu 250ml je.
Lebih menyedihkan apabila ibu melabelnya kedekut sedangkan adik beradiknya tidak menghulur apa-apa bantuan untuknya ke umrah.
Rupa-rupanya sudah lama ibu bersikap pilih kasih
Dalam hantaran lain, wanita ini berkata, air zamzam itu hanyalah asbab kerana dia memendam rasa sejak sekian lama.
Selama ini dia tidak pernah melawan apabila ibu bersikap pilih kasih, malah baju miliknya di dalam almari turut diserahkan kepada kakak ipar tanpa izinnya.

Luahan itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet. Ada yang menyokong rasa tidak puas hati wanita itu, namun tidak kurang juga yang menegur tindakannya memarahi ibu sendiri atas hal yang dianggap remeh.
Ada juga yang mahu membelikan air zamzam untuk wanita ini apabila mereka ke umrah nanti.
Pssttt! Kadang-kadang isu kecil seperti air zamzam boleh membawa makna yang lebih besar, tentang penghargaan, kasih dan pengorbanan. Tak salah rasa terkilan, tapi lebih baik berlapang dada dan mencari hikmah di sebalik ujian kecil ni.
Kredit: Thread
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.