Connect with us

Oh! Media

Lelaki Maut Ditet*k Adik Di Durian Tunggal, Suspek Ditemui Tergantung Dalam Bilik

Ohmedia kereta Polis Malaysia

Oh! Tidak

Lelaki Maut Ditet*k Adik Di Durian Tunggal, Suspek Ditemui Tergantung Dalam Bilik

Lelaki maut ditetak adik di Durian Tunggal, polis sahkan dua beradik ditemui mati di rumah sewa.

Satu tragedi menyayat hati telah berlaku di Taman Cempaka 2, Durian Tunggal, Melaka apabila seorang lelaki maut dipercayai ditetak adiknya sendiri di sebuah rumah sewa.

Lapor Malaysia Gazette, suspek kemudian ditemui meninggal dunia dalam keadaan tergantung di bilik tidur rumah tersebut.

“Dengar mereka bertengkar sebelum rakan serumah pulang” – Jiran

Mayat dua beradik warga Bangladesh itu ditemui rakan serumah kira-kira jam 7 malam sebelum dia memaklumkan kepada jiran.

IKLAN
Polis

Menurut jiran, Muhammad Zuhaili Mohd. Zin, dia dan keluarganya terdengar pertengkaran kira-kira jam 5.50 petang sebelum rakan serumah si mati pulang.

Muhammad Zuhaili berkata, dia mengenali dua beradik itu di mana adiknya telah berkahwin dengan wanita warga Indonesia.

Si adik mempunyai seorang anak, namun si adik dikatakan telah melarikan diri bersama anak sejak dua minggu lalu.

Si adik kerap bertengkar dengan isteri

Maut

Rumah ini didiami oleh mangsa bersama seorang lagi lelaki rakan serumah dan dialah yang jumpa mayat si abang di dapur dengan kesan tetakan, manakala adik tergantung di dalam sebuah bilik.

Tambahnya, si adik kerap bertengkar dengan isteri dipercayai kerana dia tidak membenarkan isterinya bekerja.

Sebagai jiran, dia menyifatkan dua beradik itu mempunyai perwatakan baik kerana sering menegur dan memberi salam.

Pssttt! Dunia akhir zaman macam-macam hal tak terduga berlaku. Semoga keluarga mangsa diberi kekuatan melalui ujian ini.

Kredit: Malaysia Gazette
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas