Oh! Artis
Didi Astillah Menangis Sebak Tengok Bella Dilayan Baik Dengan Seseorang
Didi sebak kongsi Bella akhirnya bertemu lelaki yang ikhlas dengar luahannya.
Pelakon dan penyanyi, Didi Astillah tak dapat tahan air mata bila dia melihat sendiri kakaknya, Bella Astillah akhirnya diperlakukan dengan penuh kasih sayang oleh seorang lelaki yang benar-benar ikhlas.
Perkara itu dikongsikan Didi sendiri dalam satu sesi podcast yang kini tular di TikTok. Dalam sesi tu, Didi terharu melihat bagaimana ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq melayan Bella, bukan saja dengan baik, tapi juga dengan sepenuh hati.
Syed Saddiq pendengar yang sangat baik…
Saya suka bila Kak Long tengah bercerita, Abang Saddiq akan selalu beri tumpuan dan jadi pendengar yang baik.
Dah beberapa tahun sepanjang hidup saya dan bila terjadi depan mata saya, ada orang dengarkan luahan Kak Long secara ikhlas. Layankan saja.
Korang bayangkan, betapa mendalam kasih seorang adik bila dia nampak kakaknya dihargai lepas sekian lama.
Benda yang dirasakan kecil macam mendengar dengan ikhlas pun dah cukup buat Didi rasa sebak dan bersyukur.
Disi Astillah ucap terima kasih pada Syed Saddiq…
Didi juga percaya bahawa setiap yang berlaku dalam hidup ni semuanya dah diatur cantik oleh Tuhan. Dia turut mengucapkan terima kasih secara terbuka kepada Syed Saddiq sebab dah hadir dan memberi ruang serta perhatian buat kakaknya.
Untuk korang yang mungkin tak tahu, hubungan antara Syed Saddiq dan Bella mula jadi perhatian netizen sejak mereka kerap dilihat bersama di khalayak.
Tapi sampai sekarang, dua-dua masih belum buat apa-apa pengesahan tentang status sebenar hubungan mereka.
Pssttt! Kadang-kadang, apa yang paling kita perlukan dalam hidup bukan kemewahan, tapi seseorang yang sudi dengar dan hargai kita seadanya. Ohmedia harap korang semua, kalau ada orang baik masuk dalam hidup, jangan lepaskan. Hargailah keikhlasan yang datang tanpa diminta.
Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM