Connect with us

Oh! Media

Rafidah Ibrahim Mengamuk, Penduduk Dihalau Dari Kampung Sungai Baru

Ohmedia rafidah ibrahim penduduk

Oh! Artis

Rafidah Ibrahim Mengamuk, Penduduk Dihalau Dari Kampung Sungai Baru

Rafidah Ibrahim dakwa dihalau dan diugut bakar rumah di Kampung Sungai Baru.

Isu Kampung Sungai Baru kembali hangat apabila pelakon dan penyanyi, Rafidah Ibrahim tampil mempertahankan penduduk kampung yang enggan berpindah walaupun diberi pampasan.

Sebelum ini, Rafidah lantang bersuara agar kampung tersebut tidak diambil alih menerusi pewartaan tanah. Namun kali ini, suasana jadi lebih tegang apabila dia mendakwa telah dihalau dan diugut.

Rafidah Ibrahim dakwa penduduk kampung dihalau dan diugut bakar rumah…

Rafidah Ibrahim

Dalam satu video tular di TikTok, kelihatan Rafidah bersama penduduk lain mengamuk selepas didakwa cuba dihalau dari kediaman mereka. Lebih mengejutkan, dia turut mendakwa menerima ugutan untuk dibakar rumah sekiranya penduduk enggan berpindah.

IKLAN

Rafidah dalam video tersebut menyeru Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tidak hadir ke majlis pecah tanah selagi isu mereka belum selesai di mahkamah.

Kami tak akan berganjak keluar! Kalau dikatakan PMX akan datang untuk majlis pecah tanah, PMX! Selesai dulu kes kami, kami punya isu di mahkamah tak selesai lagi.

Doakan Allah laknat orang Melayu yang berdiam diri…

Rafidah Ibrahim

Luahan Rafidah turut mencuri perhatian apabila beliau meluahkan kekesalan terhadap sikap pemimpin Melayu yang didakwa hanya mendiamkan diri.

Apa jadi dekat Kampung Sungai Baru semua senyap. Aku doakan Allah laknat orang Melayu yang senyap tentang penduduk Kampung Sungai Baru ni!

Ucapan Rafidah itu mencerminkan kekecewaan mendalam terhadap pihak yang tidak bersuara mempertahankan hak penduduk kampung tradisi berkenaan.

Rakyat sokong tindakan Rafidah…

@gengmuo

Penduduk dihalau dan ada provokasi dengan bakar rumah…Pemaju & kerajaan barua #kerajaangagal #kgsgbaru #pengkianat #madani #kampungbaru @Aswad @zufardanial_

♬ original sound – Abe Wey – Abe Wey

Menjengah ke ruangan komen video tersebut, ramai warganet tampil menyokong tindakan Rafidah yang sanggup turun padang demi mempertahankan tanah warisan.

Mereka turut mendoakan agar penduduk Kampung Sungai Baru diberikan keadilan dan segala urusan dipermudahkan oleh pihak yang berwajib.

Pssttt! Isu Kampung Sungai Baru bukan sekadar soal tanah, tapi juga soal maruah dan warisan. Ohmedia nak ingatkan korang bahawa setiap suara rakyat, terutama yang tertindas, perlu didengari dan dihormati. Kita harap pihak berkuasa dapat bertindak adil dan selesaikan isu ini tanpa sebarang paksaan. Jangan sampai suara kecil terus dibisukan atas nama pembangunan.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas