Connect with us

Oh! Media

Perdana Menteri Umum Cuti Tambahan Sempena Aidilfitri, Bergantung Tarikh 1 Syawal

Ohmedia pmx

Trending

Perdana Menteri Umum Cuti Tambahan Sempena Aidilfitri, Bergantung Tarikh 1 Syawal

Cuti Aidilfitri 2026 ditambah sehari selepas PM Anwar umum cuti tambahan.

Tahun ni nampaknya rakyat Malaysia sekali lagi tertanya-tanya tarikh hari raya yang sebenar, ada yang kata jatuh pada Jumaat 20 Mac dan ada yang kata 21 Mac. Mana satu ni?

Terbaru, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan akan memberikan satu hari cuti tambahan sempena Aidilfitri 2026 bagi memudahkan rakyat membuat perancangan awal.

Cuti tambahan bergantung tarikh 1 Syawal

Perdana Menteri

Menurut Anwar, cuti tambahan itu akan diberikan sama ada pada Jumaat atau Isnin bergantung kepada tarikh sambutan Hari Raya Aidilfitri.

IKLAN

Jika 1 Syawal jatuh pada hari Jumaat, maka cuti tambahan akan diberikan pada Isnin, 23 Mac.

Namun jika Aidilfitri disambut pada hari Sabtu, rakyat akan menikmati cuti tambahan lebih awal iaitu pada Jumaat, 20 Mac.

Sama ada Aidilfitri disambut pada Jumaat atau Sabtu jangan bimbang, kita beri cuti tambahan hari raya. Kalau raya pada Jumaat maka cuti tambahan pada Isnin 23 Mac, kalau raya pada Sabtu, cuti tambahan Jumaat, 20 Mac.

Pengumuman itu dibuat ketika beliau merasmikan Hari Pengguna Kebangsaan (HPK) 2026.

Dengan pengumuman ini, cuti Aidilfitri bagi tahun 2026 akan menjadi tiga hari secara keseluruhan, sekali gus memberi lebih ruang kepada rakyat untuk meluangkan masa bersama keluarga.

Pssttt! Pengumuman cuti tambahan ini pastinya berita yang menggembirakan ramai, terutama mereka yang perlu merancang perjalanan jauh untuk pulang ke kampung halaman. Sekurang-kurangnya rakyat ada masa lebih panjang untuk beraya bersama keluarga tanpa perlu tergesa-gesa kembali bekerja.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas