Connect with us

Oh! Media

Nahas Trak FRU, Lori Bawa Muatan Salah Dan Terlebih MuatanĀ 

Nahas Fru

Trending

Nahas Trak FRU, Lori Bawa Muatan Salah Dan Terlebih MuatanĀ 

Lori bawa batu kerikil lebih muatan jadi punca kemalangan dengan trak FRU di Teluk Intan.

Kemalangan tragis membabitkan lori tipper dan trak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan bulan lalu akhirnya terjawab apabila Laporan Awal Pasukan Petugas Khas mendedahkan muatan salah dan berlebihan jadi punca utama.

Menurut laporanĀ Harian Metro, Lori terbabit dikesan membawa batu kerikil, sedangkan ia hanya diluluskan untuk mengangkut arang batu. Tambahan pula, tinggi pagar sisi tidak menepati spesifikasi, melanggar syarat di bawah Kaedah 9A, Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan & Penggunaan) 1959.

Berat muatan melebihi 70% had dibenarkan!

Trak Fru

Lagi mengejutkan, berat lori tersebut direkodkan mencecah 40,960 kg, iaitu 70.67% lebih daripada had yang dibenarkan iaitu 24,000 kg.

IKLAN

Berat berlebihan ini menjadikan impak pelanggaran sangat tinggi, dengan tenaga kinetik hampir dua kali ganda daripada lori biasa.

Sebagai perbandingan:

  • Lori BDM 24,000 kg @ 30 km/j = 833 kJ
  • Lori BDM 40,960 kg @ 30 km/j = 1,422 kJ

Tenaga berlebihan ini bukan sahaja menyumbang kepada kerosakan lebih parah, malah meningkatkan risiko kecederaan serius atau maut dalam sebarang kemalangan.

Pelanggaran undang-undang jalan raya

Fru

Lori terbabit disahkan telah melanggar:

  • Seksyen 57(1)(b)(iii) – Bawa muatan selain dibenarkan
  • Seksyen 57(1)(b)(vi) – Melebihi berat dibenarkan
  • Kaedah 89 – Gagal patuhi spesifikasi teknikal

Ini sekaligus menimbulkan persoalan besar terhadap penguatkuasaan dan pemantauan kenderaan berat di jalan raya, terutama yang beroperasi dengan pelanggaran terang-terangan.

Pssttt! Jangan ambil mudah isu muatan kenderaan berat! Satu kecuaian boleh jadi punca nyawa melayang. Patuhi undang-undang demi keselamatan semua pengguna jalan raya.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

šŸš€Ā Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jamĀ 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Oh! Podcast

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25

OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ke Atas