Connect with us

Oh! Media

Google Beli Tanah Gamuda, Bina Pusat Data Mega Di Port Dickson

Ohmedia google beli tanah di portdickson

Trending

Google Beli Tanah Gamuda, Bina Pusat Data Mega Di Port Dickson

Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan dunia teknologi! Gamuda Bhd, syarikat pembinaan terkemuka negara, telah menjual tanah seluas 389 ekar di Port Dickson kepada Pearl Computing Malaysia Sdn Bhd, anak syarikat berkaitan Google.

Nilai urus niaga pembelian tanah ini bernilah sehingga RM455.23 juta! Tapi yang menariknya, cerita tak terhenti setakat tu.

Google bakal bina pusat data gergasi di Malaysia…

Image

Tanah yang sebelum ini dirancang Gamuda untuk pusat data kini bakal menjadi tapak kepada pusat data mega milik Google sendiri!

IKLAN

Ini sekali gus menandakan komitmen besar Google dalam memperkukuh kehadiran mereka di Asia Tenggara dan Malaysia jadi pilihan utama.

Walaupun tanah dah dijual, Gamuda tak lepas tangan. Mereka kekal memainkan peranan penting dalam pembangunan berjumlah RM1.01 bilion yang melibatkan kerja-kerja infrastruktur dan penyediaan tapak.

Bekalan air dijamin hingga 2028…

Image

Sebahagian projek termasuk pembinaan loji rawatan air baharu dengan kapasiti 65 juta liter sehari juga dijangka siap pada suku kedua 2027.

Turut dibina ialah kemudahan penyimpanan air luar sungai menjelang hujung 2028 bagi memastikan bekalan air stabil untuk operasi pusat data.

Pihak Gamuda anggap ini lebih daripada sekadar jual beli. Dengan pendekatan menyeluruh, mereka bukan sahaja menjual tanah, tetapi turut menyediakan kemudahan air dan utiliti lengkap untuk operasi jangka panjang.

Bukan sekadar tanah tapi penyelesaian menyeluruh…

Port2bdicksonpng

Semua pembangunan ini menggunakan sistem pembinaan berindustri moden (IBS) bagi memastikan mutu kerja yang tinggi serta mempercepatkan proses pembinaan.

Gabungan kekuatan teknologi global seperti Google dengan kepakaran pembinaan tempatan seperti Gamuda, menjadikan Malaysia calon kukuh sebagai hab digital utama Asia Tenggara.

Pssttt! Langkah Google pilih Port Dickson bukan sekadar pelaburan, tapi satu pengiktirafan terhadap potensi Malaysia di mata dunia digital. Semoga lebih banyak peluang terbuka buat anak tempatan hasil kerjasama gergasi global dan pemain industri kita sendiri.

Kredit: The Edge Malaysia
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Teruskan membaca..
Berita lain yang lebih popular...

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas