Trending
Penampilan Terbaru Masya Masyitah Undang Perhatian Ramai
Selebriti media sosial, Masya Masyitah mengejutkan ramai apabila tampil dengan gaya rambut baru yang lebih pendek hingga paras bahu!
Menerusi hantaran di TikTok, Masya berkongsi perubahan terkininya sambil bertanyakan pendapat pengikut.
New haircut? Yes or no?
Netizen rindu Masya Masyitah berhijab
Rata-rata peminat memuji penampilan baru Masya, namun ada juga yang berpendapat dia lebih menyerlah dengan rambut panjang.
Malah, ada yang menyamakan Masya dengan watak Deoksun dari drama Korea popular, Reply 1988!
Pun begitu, segelintir warganet tidak lupa mengungkit imej lama Masya yang berhijab dan mengakui mereka rindukan wajah ayunya ketika itu.
Masya tidak lagi berhijab dan undur diri dari dunia seni

Untuk rekod, Masya sebelum ini mengejutkan ramai apabila mengumumkan sudah tidak lagi berhijab pada Julai 2023.
Malah, dia turut mengumumkan pengunduran dari dunia seni dan memilih untuk tidak lagi bergelar penyanyi.
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM