Trending
Video Terbaru Bella Astillah Dan Syed Saddiq Kongsi Tisu Yang Sama Undang Perhatian Ramai
Nampaknya, nama Bella Astillah dan Syed Saddiq sekali lagi menjadi bualan hangat netizen apabila satu video tular menunjukkan mereka berkongsi tisu sewaktu menghadiri majlis makan baru-baru ini.
Apa yang mencuri perhatian adalah, tisu yang digunakan Bella untuk mengesat mulutnya turut digunakan Saddiq selepas itu. Romantis atau sekadar spontan, netizen pun mula berteka-teki!
Netizen berbelah bahagi, romantik atau salah tafsir?
Kalau korang tengok ruangan komen, ada yang mendakwa Bella hanya ingin membantu membuka botol minuman dan tisu itu diberi untuk tujuan tersebut.
Tapi, ramai juga yang melihat situasi itu sebagai momen mesra antara dua individu yang makin rapat.
Ramadan ni nampak makin akrab, tak malu dah kongsi momen bersama.
Apa pun tujuannya, netizen nampaknya tak henti berkata dan menyebarkan video berkenaan hingga masuk FYP TikTok.
Sejak Ramadan, hubungan mereka semakin terbuka?

Jika diperhatikan sejak kebelakangan ini, hubungan Bella dan Saddiq dilihat semakin rapat dan terbuka, terutamanya melalui perkongsian mereka di media sosial.
Untuk info, Bella pernah berkahwin dengan Aliff Aziz dan bercerai pada 13 Jun tahun lalu. Mereka dikurniakan dua cahaya mata, Mohamed Ayden Adrean dan Ara Adreanna.
#ApaKataOhmedia
Tak salah berkawan dan berbaik sesama insan, tapi kalau selebriti, setiap gerak-geri pasti jadi perhatian. Hati-hati bila berkongsi momen peribadi di media sosial, takut disalah tafsir netizen yang ‘bermata helang’!

Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM