Connect with us

Oh! Media

“Action Gila Mak Cik Tu” – Zarina Anjoulie Dakwa Linda Jasmine Sombong, Terus Tak Minat

Ohmedia linda Jasmine

Oh! Artis

“Action Gila Mak Cik Tu” – Zarina Anjoulie Dakwa Linda Jasmine Sombong, Terus Tak Minat

Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie atau lebih dikenali sebagai Anju, baru-baru ini mencetuskan kontroversi apabila mendakwa bekas isteri Que Haidar, Linda Jasmine, sebagai seorang yang sombong dan berlagak.

Dalam sebuah video yang tular, Anju berkongsi pengalaman pahitnya ketika bertemu dengan koreografer terkenal itu suatu ketika dahulu.​

Anju turut menambah bahawa Linda bukanlah seorang selebriti, sebaliknya hanya seorang guru tarian.

IKLAN

Anju dakwa bekas isteri Que Haidar berlagak

https://www.youtube.com/watch?v=tVImUUCHYNU&t=189s

Namun, sikapnya yang berlagak seolah-olah setaraf dengan bintang antarabangsa seperti Kim Kardashian membuatkan Anju tawar hati.​

Linda Jasmine tu bekas isteri Que Haidar, bila peminat tegur, banggalah kan. Elok-elok aku peminat engkau, aku terus tak minat kau.

Lagipun kau bukan selebriti pun Linda Jasmine, kau hanya guru penari. Cara berlagak kau macam kau Kim Kardashian.​

Dalam pada itu, Anju tidak dapat menyembunyikan rasa gembiranya apabila berpeluang berlakon bersama Que Haidar. Beliau menggambarkan Que sebagai seorang yang sangat baik dan menyenangkan.​

Apapun, Makcik Linda, saya sangat seronok berlakon dengan bekas suami awak, he is such a sweetheart.

Anju merupakan peminat Linda Jasmine terus ‘turn off’

Zarina Anjoulie
Foto Harian Metro

Menurut Anju, dia tidak rasa Linda Jasmine mengingati momen tersebut tetapi dia sebagai peminat terus ‘turn off’.

Di ruangan komen, seorang netizen mendedahkan pernah berhadapan dengan pengalaman serupa tetapi orang tersebut adalah selebriti veteran.

Balas Anju, artis dengan artis juga berlagak sesama sendiri dan mengharapkan mereka disapa terlebih dulu.

#ApaKataOhmedia

Dalam dunia hiburan, sikap rendah diri dan menghargai peminat adalah kunci utama untuk kekal disayangi. Tetapi mungkin artis tersebut tidak perasan dengan mimik muka yang dibuat. Husnuzon jelah ya!

Ohmedia linda Jasmine

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Beautifulnara | Youtube Selebriti Malaysia


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas