Oh! Artis
Zarina Anjoulie Curi Perhatian, Video Bercumbu Viral Sebelum Dipadam
Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie, sekali lagi menjadi topik perbualan hangat di media sosial selepas memuat naik video kurang sopan di TikTok.
Walaupun video tersebut telah dipadam, ia tetap menjadi perbualan ramai apabila netizen sempat merakam dan menyebarkannya semula.
Dalam video yang tular itu, Zarina dilihat bercumbu dengan seorang lelaki sambil meluahkan perasaan cintanya terhadap individu berkenaan.
“Saya minta maaf ambil kesempatan..”- Zarina Anjoulie.

Menerusi video tersebut, Zarina sempat mengungkapkan kata-kata penuh emosi kepada lelaki itu, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.
Saya minta maaf ambil kesempatan ke atas awak. Tapi awaklah orangnya yang sentiasa ada bersama dengan saya. I love you.
Selain itu, ramai yang beranggapan bahawa Zarina berada dalam keadaan ‘tidak sedar’ ketika video itu dirakam.
Ramai terkejut dan beri pelbagai reaksi…
Seperti biasa, ruangan komen media sosial dibanjiri dengan pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang terkejut dengan tindakan Zarina, manakala ada juga yang meluahkan rasa kecewa dengan kelakuannya.

Walaupun kontroversi bukanlah perkara baru dalam kehidupan Zarina, video ini sekali lagi mengundang kritikan daripada peminat yang sebelum ini menyokong perubahannya ke arah lebih baik.
Apapun, kita tunggu apa kata tuan badan tentang perkara ni.

Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM