Oh! Tidak
“Pakej Umrah Cap Ayam” – Jemaah Dakwa Ditipu Agensi, Rumah Tumpangan Diduduki Pekerja Bangladesh Dan Pakistan
Sebahagian jemaah umrah yang baru pulang dari Madinah meluahkan kekecewaan mereka kerana mendakwa ditipu agensi umrah yang menawarkan perkhidmatan yang indah khabar dari rupa.
Antara masalah yang dibangkitkan adalah tempat penginapan kotor, tiada kemudahan asas, serta layanan yang langsung tidak sepadan dengan harga pakej mewah yang dibayar.
Dah macam gelandangan

Seorang jemaah dikenali sebagai Muhammad berkongsi pengalaman pahit bersama tujuh ahli keluarganya.
Mereka membayar lebih RM8,000 seorang untuk pakej tersebut tetapi akhirnya ditempatkan di rumah tumpangan yang diduduki pekerja asing dari Bangladesh dan Pakistan.
Satu bilik disumbat tujuh hingga lapan orang, sudahlah keadaan sangat kotor, tandas pun di luar bilik, bau hancing pula merata-rata.
Mereka turut mencampurkan lelaki dan perempuan dalam satu bilik. Ini adalah satu situasi yang sangat tidak selesa buat bagi mereka.
Agensi tak layan, terpaksa cari hotel sendiri

Seorang lagi jemaah dikenali sebagai Nurul membayar lebih RM45,000 untuk pakej bersama majikan dan kakitangan, namun terpaksa mencari hotel lain kerana tidak sanggup tinggal di rumah tumpangan yang disediakan agensi.
Kami bayar lebih RM1,000 untuk hotel sendiri selama enam hari sebab keadaan rumah tumpangan tu tak selesa. Kesian tengok keluarga lain yang ada anak kecil dan ibu bapa kurang sihat berhimpit dalam satu bilik.
Bas yang dijanjikan untuk membawa jemaah ke masjid tidak muncul. Akhirnya, mereka terpaksa menggunakan teksi atau kereta sapu sendiri.
Jemaah turut berkata pihak agensi langsung tidak turun padang untuk menyelesaikan isu.
#OhmediaNasihat
Jika kita merancang untuk menunaikan umrah, kita perlu membuat penyelidikan yang teliti sebelum memilih agensi. Kita juga perlu memastikan agensi tersebut mempunyai rekod yang baik dan baca review jemaah lain terdahulu sebelum membuat pilihan.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook
Rujukan kami: Berita Harian
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM