Connect with us

Oh! Media

“Sorry Mat, Kita Tangguh Umrah Kita” – Agensi Bermasalah, Shuib Tak Benar Wajah Diguna Untuk Promosi

Ohmedia shuib

Oh! Artis

“Sorry Mat, Kita Tangguh Umrah Kita” – Agensi Bermasalah, Shuib Tak Benar Wajah Diguna Untuk Promosi

Hasrat pelawak Shuib dan Mamat Sepah untuk menunaikan umrah nampaknya tidak kesampaian apabila terpaksa menangguhkan perjalanan.

BACA: Hejira Travel Tampil Mohon Maaf, Janji ‘Refund’ 100 Peratus Kerugian Jemaah Umrah

Menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram, Shuib menjelaskan bahawa keputusan itu dibuat selepas melihat pelbagai masalah yang timbul dengan agensi perjalanan yang mereka pilih.

IKLAN

Masalah agensi perjalanan jadi punca batal umrah

Menurut Shuib, pada awalnya semuanya kelihatan lancar, tetapi apabila tiba masa untuk berkerjasama, banyak isu mula timbul.

Jelas pelawak ini lagi, mereka mengambil keputusan menarik diri daripada berurusan dengan agensi tersebut.

Malah, Shuib turut berharap wajah mereka tidak digunakan oleh pihak berkenaan untuk sebarang promosi pada masa akan datang.

Shuib mohon cadangan agensi lain

Shuib

Shuib bagaimanapun yakin bahawa rezeki untuk menunaikan umrah masih ada pada masa depan. Beliau turut meminta cadangan daripada para pengikut mengenai agensi umrah yang lebih dipercayai dan berintegriti.

Rata-rata pengikut memberikan kata-kata semangat kepada Shuib dan Mamat, malah ada yang turut mencadangkan agensi umrah yang mereka percayai.

#OhmediaNasihat

Insiden ini adalah pengajaran penting untuk kita semua dalam memilih agensi perjalanan. Jangan hanya terpengaruh dengan promosi atau populariti sesebuah agensi, tetapi pastikan anda membuat semakan latar belakang dan mendapatkan maklum balas dari pengalaman pelanggan lain. Rezeki menunaikan umrah pasti ada, dan sentiasalah berdoa agar dipermudahkan.

Ohmedia shuib

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Instagram Shuib


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas