Connect with us

Oh! Media

Cik B Yang Kini Berada Di Sepanyol Beri Respon Isu Tunggakan Hutang Datuk Seri Vida

Untitled Design   1

Trending

Cik B Yang Kini Berada Di Sepanyol Beri Respon Isu Tunggakan Hutang Datuk Seri Vida

Berita tentang penyitaan aset mewah milik usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida telah mengundang perhatian ramai.

BACA: Datuk Seri Vida Akhirnya Bersuara Isu Tunggakan Hutang RM1 Juta 

Anak kepada Vida, Cik B telah tampil meminta orang ramai supaya bertenang dan memberi jaminan bahawa perkara tersebut akan diselesaikan.

IKLAN

Cik B cuba redakan situasi

C413d87a abb1 441d b658 af5b167e31e2

Menerusi Instagram, Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamileen Mohd Amin, berkongsi kenyataan ringkas untuk meredakan situasi yang sedang hangat diperkatakan ini.

Guys, sabarlah pasal yang kena sita tu. Insya-Allah semua akan okey.

Sebagai seorang pempengaruh dan penyanyi, Cik B tetap tenang walaupun sedang melanjutkan pelajaran di Sepanyol. Netizen turut memberikan sokongan moral kepadanya di ruangan komen.

Netizen beri kata-kata semangat buat Cik B

Untitled Design   3

Kalau korang tengok ruangan komen di hantaran lain Cik B, ramai yang mengucapkan kata-kata semangat untuk Cik B dan keluarganya•

Empat kereta mewah disita

Datuk Seri Vida

Untuk info, empat kereta mewah milik Datuk Seri Vida iaitu dua buah Toyota Vellfire, satu Toyota Grand Hiace, dan sebuah BMW X7 telah disita di kediamannya di Meru, Ipoh. Bukan tu jer, barangan dalam rumahnya itu turut sama disita.

Vida dikatakan gagal menyelesaikan baki bayaran tunggakan sebanyak RM1,060,285 kepada sebuah syarikat kontraktor itu sejak tahun 2018. Apapun, semoga dipermudahkan segala urusan buatnya.

#OhmediaNasihat

Kecekalan Cik B dalam menghadapi situasi ini menjadi inspirasi. Apa pun cabaran yang datang, bertenang dan berusaha mencari jalan penyelesaian adalah langkah terbaik. Dalam hidup, sentiasa ada cara untuk mengatasi masalah, asalkan kita kekal positif dan percaya pada perancangan-Nya.

Untitled Design   1

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram Cik B


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas