Connect with us

Oh! Media

Datuk Seri Vida Akhirnya Bersuara Isu Tunggakan Hutang RM1 Juta 

Untitled Design   3

Trending

Datuk Seri Vida Akhirnya Bersuara Isu Tunggakan Hutang RM1 Juta 

Kecoh di media sosial sejak semalam apabila usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida dikatakan gagal melunaskan tunggakan RM1,060,285 kepada syarikat kontraktor pembinaan, Ah Design Communication Sdn Bhd.

BACAAset Datuk Seri Vida Disita! 4 Kereta Mewah Bakal Dilelong Akibat Tunggakan Hutang RM1 Juta

Terbaru! Menurut laporan Kosmo, usahawan itu akhirnya tampil bersuara dan telah melantik peguam untuk menangani kes tunggakan bayaran ubah suai kilangnya itu..

IKLAN

Datuk Seri Vida gagal lunaskan tunggakan lebih RM1 juta

Datuk Seri Vida

Bukan tu jer, Datuk Seri Vida juga menegaskan yang dirinya mengambil isu ini dengan serius dan komited untuk menyelesaikannya secara profesional.

Saya telah melantik peguam untuk menasihati dan membantu saya dalam menyelesaikan perkara ini dengan cara terbaik serta mengikut lunas undang-undang.

Vida juga meminta agar diberi ruang untuk menangani isu tersebut dengan tenang, sambil menghargai sokongan semua pihak terhadap dirinya.

Empat kereta mewah disita

La vida locojpg

Untuk info, empat kereta mewah milik Datuk Seri Vida iaitu dua buah Toyota Vellfire, satu Toyota Grand Hiace, dan sebuah BMW X7 telah disita di kediamannya di Meru, Ipoh. Bukan tu jer, barangan dalam rumahnya itu turut sama disita.

Vida dikatakan gagal menyelesaikan baki bayaran tunggakan sebanyak RM1,060,285 kepada sebuah syarikat kontraktor itu sejak tahun 2018. Apapun, semoga dipermudahkan segala urusan buatnya.

Untitled Design   3

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Kosmo


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas