Connect with us

Oh! Media

Ahli Old Money Bayar RM249 Untuk Yuran Seumur Hidup, Dapat Baju Ekslusif Tiada Dalam Malaysia

Untitled Design   3

Trending

Ahli Old Money Bayar RM249 Untuk Yuran Seumur Hidup, Dapat Baju Ekslusif Tiada Dalam Malaysia

Baru-baru ini, pengasas kumpulan Old Money Malaysia iaitu Andika Putera telah mengadakan perjumpaan rasmi pertama bersama ahli-ahli kumpulannya.

Kalau korang perasan, perjumpaan itu disambut meriah oleh para ahli yang kelihatan sangat teruja menjadi sebahagian daripada kumpulan itu.

Terbaru! Menerusi satu video yang dimuat naik, setiap ahli kumpulan dilihat perlu membayar yuran seumur hidup sebanyak RM249 untuk menyertai komuniti ini.

IKLAN

Andika Putera beritahu manfaat jadi ahli Old Money

Menurut Andika, yuran keahlian ini hadir dengan pelbagai manfaat dan salah satunya yang menarik perhatian ialah pemberian one-piece collar iaitu sejenis baju kolar yang dikatakan eksklusif dan tiada dalam Malaysia.

One-piece collar ini sangat unik, kerana ianya tiada dalam Malaysia.

Selain itu, ahli juga akan mendapat akses kepada program affiliate, yang membolehkan mereka menjual produk tanpa modal besar. 

Andika mendakwa program ini mampu memberi pulangan lumayan kepada semua ahli kumpulan itu.

Tidak semua pihak pandang positif

Img 3765

Namun, tidak semua pihak memandang positif terhadap kumpulan ini dan sebelum ini, video Andika yang memperkenalkan geng Old Money Malaysia telah mengundang kecaman netizen.

Bukan tu jer, ada yang mempersoalkan konsep dan keaslian ‘Old Money’ itu.

Walau bagaimanapun, kumpulan itu terus mencipta pengikut yang setia dan perjumpaan pertama itu menjadi bukti kesungguhan ahli-ahlinya.

Untitled Design   3

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Tiktok Old Money Club


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas