Trending
“Tak Tahu Malu Hamak Barang Aku, Tak Cukup Lagi Ke Pompuan?” – Cik Epal
Pempengaruh media sosial terkenal, Cik Epal meluahkan rasa berang dengan tindakan seorang wanita dikenali sebagai Dewi menggunakan beg tangannya tanpa izin.
Menurut Cik Epal, beg berjenama Celine itu dibeli dengan harga RM12,000 dan masih belum digunakan. Dia juga mempunyai bukti video membeli beg tangan tersebut dan mempersoalkan adakah Dewi tidak tahu malu.
Dewi guna beg tangan Cik Epal?


Dengan segala bukti yang ada, Cik Epal memohon wanita berkenaan tidak membuat ‘damage control’ dengan membeli beg serupa.
Jangan sentuh barang-barang aku la weh. Gila tak malu pompuan ni. Hamak sangat barang aku apehal.
Pempengaruh ini juga meminta pandangan orang ramai bagaimana mahu mengambil barang-barang peribadi di rumah bekas suami disebabkan dirinya sudah disekat daripada masuk.
Duda aku dah tukar access card. Duda aku dah cakap dekat guard jangan kasi aku masuk dan family aku masuk. Tolong bagi idea dekat aku macam mana aku nak ambil semua barang aku balik?
Cik Epal turut memberi respon kepada permintaan bekas suami yang mahu isu ini diselesaikan secara tertutup.

Terdahulu, pempengaruh dan juga usahawan, Cik Epal telah mengambil tindakan undang-undang terbadap wanita yang didakwa ada hubungan dengan bekas suaminya iaitu Emira Delyati Dewi.
Menerusi Instagram, Cik Epal memuat naik satu hantaran yang menunjukkan notis tuntutan yang menggesa Dewi untuk membuat permohonan maaf secara terbuka dan menuntut ganti rugi sebanyak RM1 juta.
#OhmediaNasihat
Sesetengah konflik peribadi, terutamanya melibatkan hubungan keluarga dan bekas pasangan, mungkin lebih baik diselesaikan secara tertutup untuk mengelakkan sebarang salah faham dan mempercepatkan penyelesaian.
Namun, hak seseorang terhadap barangan peribadi juga perlu dihormati. Kita boleh belajar untuk mengamalkan sikap bertanggungjawab dalam menjaga hak orang lain dan menyelesaikan masalah dengan cara yang matang.

Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM