Pelakon terkenal, Nora Danish, berkongsi perkembangan dirinya yang kini sedang berusaha menghafal surah Al-Mulk. Dalam sebuah video yang dimuat naik di media sosial, Nora turut mengajak pengikutnya untuk bersama-sama menghafal dan menyemak bacaannya.
Nora juga memaklumkan telah berjaya mengingati lima baris pertama surah tersebut.
Nora sekarang sebenarnya dalam percubaan untuk menghafal surah al-Mulk.
Saya harap dengan perkongsian video ini, membuka ramai hati orang di luar sana untuk sama-sama menghafal surah ini dengan saya.
Saya baru sahaja hafal ayat 1 hingga 5, jom kita lumba nak sama-sama menghafal. Jom dengar saya membaca, tolong semakkan.- Katanya menerusi sebuah hantaran video yang dimuat semula peminatnya dalam TikTok.
Menurutnya lagi, dia berharap usaha yang dilakukan dapat memberi inspirasi kepada orang lain untuk turut sama menghafal surah berkenaan.
IKLAN
Nora juga tidak segan meminta pengikutnya mendengar dan menyemak bacaannya, bagi memastikan hafalannya betul.
Nora juga menambah bahawa segala yang berlaku adalah aturan Allah dan dia diberi kekuatan untuk memulakan usaha tersebut.
Semua ini aturan ALLAH, dengan kehendakNYA, dan diberi semangat oleh hambanya.- Katanya lagi dalam hantaran tersebut.
Rata-rata warganet memuji usaha murni Nora untuk menghafal surah Al-Mulk, malah ramai yang menyifatkannya sebagai inisiatif yang baik dalam mengajak orang ramai melakukan kebaikan.
Ada yang turut memberikan semangat dan berjanji untuk menyahut ajakan Nora dengan turut sama menghafal surah tersebut.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM