Trending
”Kalau Tidak Ditularkan Surat Layang Itu, Mungkin Arwah Dapat Diselamatkan” – Bapa Arwah Zulfarhan
Sebelum ini Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) kerana dituduh membunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain.
BACA: Enam Bekas Penuntut UPNM Dihukum Gantung Sampai Mati Bersalah Bunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan
Terbaru! Menerusi Tiktok Era, bapa kepada mangsa, Zulkarnain Idrus meluahkan rasa kesal terhadap pihak yang menerima surat layang dipercayai adalah seorang jurulatih di universiti itu kerana tidak membuat tindakan yang sepatutnya.
Sebenarnya surat layang ini dah diberitahu di dalam Mahkamah Tinggi, si penulis pun ada dan menjadi salah seorang saksi.
Saya mengucapkan terima kasih, tetapi ada kekesalan juga atas tindakan seorang jurulatih yang menularkan dalam WhatsApp group.
Jika dia tidak bertindak begitu, saya rasa arwah dapat diselamatkan. Saya pun sependapat dengan hakim Mahkamah Tinggi iaitu apabila ditularkan surat itu maka keputusan menjadi terbalik.
Maksudnya, kalau tidak ditularkan mungkin arwah dapat diselamatkan tapi apabila ditularkan mereka bertindak membawa arwah lari dan keluar dari bilik serta tidak dapat dikesan.
Surat layang pada kertas A4 itu dikatakan diselitkan pada pintu pagar Rumah Sakit Angkatan Tentera pada 23 Mei 2017 dan surat layang kedua diletakkan di bawah pintu bilik seorang jurulatih pada keesokan harinya.
Surat itu juga dipercayai telah diketahui semua ahli bilik 4-10 selepas jurulatih memasukkan surat ke dalam mesej melalui aplikasi WhatsApp.

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM