Trending
Butik Baju Melayu Terkenal Terbakar Di Bangi, Tapi Netizen Pelik Lepas Tengok Rakaman Kebakaran?
Sebuah butik baju melayu jenama terkenal yang terletak di Bangi, Elrah Exclusive dilaporkan terbakar dan tular di media sosial.
Kalau korang tengok satu video yang dimuat naik di X menunjukkan rakaman ketika Jabatan Bomba Malaysia sedang bertungkus lumus memadamkan api.
Butik ELRAH kat Bangi terbakar…HQ katanya… sebelah Bulan Bintang…😱😱
— rizalhakimm (@rizalhakimm1) March 23, 2024
TikTok@elazman pic.twitter.com/xGYYD8yCS5
Walau bagaimanapun, perkara itu telah buatkan netizen fikir lain. Kenapa pula tu?
Kalau korang tengok ruangan komen, netizen pelik kenapa ada orang awam yang terlibat dalam usaha bomba yang sedang bertungkus lumus memadamkan api.
Bukan tu jer, ada juga yang bingung kerana jenama itu sempat buat ‘content’ walaupun dalam keadaan sebegitu selepas pemilik butik Elrah sendiri memuat naik video tersebut di media sosial miliknya.

Tak kisahlah apa orang nak kata! Apapun, semoga urusan mereka dipermudahkan..
Kredit: X
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM