Connect with us

Oh! Media

Sekali Lagi Nama Sophia Albarakbah ‘Petik’ Menjadi Orang Ketiga Dalam Rumah Tangga Selebriti

Ohmedia sophia

Oh! Artis

Sekali Lagi Nama Sophia Albarakbah ‘Petik’ Menjadi Orang Ketiga Dalam Rumah Tangga Selebriti

Pelakon Sophia Albarakbah mengakui tidak suka namanya sering dikaitkan sebagai orang ketiga dalam cubaan meruntuhkan rumah tangga pasangan selebriti.

Sophia tampil menepis semua dakwaan itu dan meminta orang ramai untuk berhenti melibatkan dia dengan kecaman yang disifatkan tidak berasas.

Saya jarang merungut di media sosial tetapi ada sesuatu yang nak diluahkan.

Kepada yang sebut dan kaitkan saya dengan hal rumah tangga pasangan selebriti terke bukan saya yang dimaksudkan.

Perkara itu ditulis olehnya dia laman Instagramnya pada Isnin.

IKLAN
Screenshot 646

Aktres itu membuat kenyataan berkenaan apabila baru-baru ini seorang pelakon wanita mendedahkan ada rakan artis yang cuba mendekati suaminya ketika dia sedang hamil anak pertama.

Malah, sejak daripada perkongsian itu warga netizen mula mendakwa Sophia merupakan individu yang dimaksudkan berkenaan.

Screenshot 649

Sementara itu, Sophia menegaskan dia tidak mahu lagi terlibat dalam kontroversi orang ketiga dalam kisah percintaan pasangan selebriti seperti mana yang pernah berlaku sebelum ini.

Cukup-cukuplah salahkan saya. Saya tidak mahu dengar lagi khabar angin melibatkan diri saya.

BACA: Sophia Albarakbah Tak Kisah Berjaya Jadi Top 5 ABPBH35 Kerana Kontroversi ‘Penyondol’

Sedikit info, Sophia Albarakbah menyatakan dia tidak kisah jika kisah kontroversi menjadi ‘penyodol’ merupakan penyebab dia berjaya menempah nama menjadi Top 5 ABPBH35.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas