Oh! Artis
“Allah Pencipta Langit Dan Bumi, Bila Dia Berkehendak..” – Respon Shuib Lepas Sah Tunang Dengan Watie
Sabtu lalu, pelawak dan penyampai radio Shuib selamat bertunang dengan kekasih hatinya dikenali sebagai Watie Hanifah dalam satu majlis tertutup di Shah Alam, Selangor.
BACA: “30% Dah Siap” – Shuib Akui Masih Malu Cerita Persiapan Hari Bahagia Dengan Watie
Majlis penuh meriah dihadiri keluarga rapat kedua-dua belah keluarga itu menjangkakan pasangan ini bakal melangsungkan pernikahan pada 23 Jun depan.
Meskipun pelbagai kritikan diterima, pelawak ini mendoakan semoga Allah SWT mempermudahkan perjalanan mereka.

Shuib juga berkongsi tafsiran potongan ayat 117 daripada surah Al-Baqarah di mana Allah SWT adalah pencipta langit dan bumi, apabila Dia berkehendak akan sesuatu, cukuplah Dia menyatakan, “jadilah”.
Menerusi foto yang dikongsi, kelihatan Shuib dan anak-anak tampil sedondon bergambar di majlis pertunangan Sabtu lalu.
Kredit: Instagram Shuib
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM