Connect with us

Oh! Media

“30% Dah Siap” – Shuib Akui Masih Malu Cerita Persiapan Hari Bahagia Dengan Watie

20230506 210619 0000

Oh! Artis

“30% Dah Siap” – Shuib Akui Masih Malu Cerita Persiapan Hari Bahagia Dengan Watie

Terbaru pelawak dan penyampai radio, Shuib telah selamat mengikat tali pertunangan bersama pilihan hatinya, Watie Hanifiah pada hari ini.

BACA: Dewan Dah Tempah, Shuib Dan Watie Bakal Bernikah Pada Jun

Menurut Shuib, dirinya telah menghantar rombongan meminang di kediaman keluarga Watie di Shah Alam dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat sahaja.

IKLAN

Shuib masih malu

Screenshot 20230506 203806 instagram

Lengkap memakai baju melayu berwarna hijau pucuk pisang, Shuib akui dirinya masih berasa malu untuk menguar-uarkan perkara ini termasuk berkongsi dengan rakannya yang lain.

Dewan dah tempah. Saya sebenarnya rasa malu nak bercerita fasal ini. Nak kongsi dengan kawan-kawan pun saya rasa malu.

Dalam pada masa yang sama, dirinya juga berkata sebanyak 30% persiapan hari perkahwinan telah siap dan majlis tersebut bakal dilangsungkan pada 23 Jun hadapan.

Jadi, saya mohon doakanlah semoga perjalanan kami dipermudahkan. Doakan yang baik-baik untuk kami. InsyaAllah, doakan tau. Selamat hari raya.

Alhamdulillah, kita doakan yang baik-baik sahaja buat pasangan ini.

Kredit: Mstar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas